Saturday, February 19, 2011

lelaki yang banyak kebebasan dalam hidupnya adalah berisiko?

"Doakan dia sabar...dah 7 bulan mengandung..tetapi..baru saja diceraikan"
     Bergegar lagi Arasy Allah bila 'masjid'  yang tak sampai sepuluh tahun umurnya runtuh dalam sekelip mata. Faktor jelas krisis rumah tangga bermula dari perkara sekecil-kecil yang sebenarnya adalah tanggungjawab si suami. Mungkin juga musibah ini berpunca dari khilaf si isteri. Mereka sama-sama suka dan sama-sama cinta namun kesukaan dan kecintaan mereka tidak pun dapat menjadi perisai perpisahan itu.

  Si lelaki sebelum bergelar suami punya banyak kebebasan dalam hidupnya walaupun tidaklah seperti mat-mat sumbang yang lain. Hidup bujangnya tidak banyak tanggungjawab. Cuma perlu cari makan untuk diri sendiri dan 'dating' sekali-sekala.

 Bila tanggungjawab sebagai suami dibebankan di bahu, baru sedar tinggi langit itu di takat mana, bumi yang dipijak itu rapat di kepala. Tetapi, hati mudanya masih tidak mahu memikul tanggungjawab yang datang kepadanya. Lalu, dibiarkan saja pasangannya mengemudi rumah tangga serta hal-ehwal anak-anak. Lantaran bosan dengan sekatan kebebesan seperti di zaman bujangnya serta tuntutan terhadap dirinya untuk berubah kepada yang lebih baik dari pasangannya, si suami ambil jalan mudah untuk melepaskan diri. TALAK!
(cr to Google)

Nah, pasangan bercinta! Andai iman dan ilmu tidak mengiringimu, tiada juga gunanya cinta. Cinta yang terukir di bibir mungkin nanti menjadi pengguris luka yang dalam di hati. Cinta yang memasuki pernikahan tapi tiada matlamat juga tak terlindung dari penceraian. Kerana itu, mengasihi seseorang tidak perlu bersebab. Tidak perlu cantik, bergaya, punya ilmu yang tinggi jadi sebab-sebab cinta dan kasihmu kepada pasanganmu kerana bila hilangnya semua itu, kamu AKAN berhenti mengashihinya.

Sekarang aku memandang serong si lelaki yang bebas di dalam hidupnya dan menafsirkan kebebasan yang 'childish' biarpun bergelar bapa kepada 3 orang anak. Lelaki sebegini berisiko untuk meninggalkan ku sendirian jika dia bergelar suamiku.  Itulah:

Suruh makan dia makan...Suruh mengaji dia tak mahu...

8 komen dari pembaca :

karl said...

mohon link sama saya http://wicararumi.blogspot.com ada lagu afgan skali

karl said...

mohon link sama saya http://wicararumi.blogspot.com ada lagu afgan skali

NuSaNa NoSa 91 said...

jgn nk kawen sbb cinta je.. kena fikir sal t/jwb yg berat tu gk.. klu x, kapal hnyut.. huk3~ =.="

aried said...

hm.. kalau camtu, aried wish u wil find ur soulmate yg benar2 memahami u... harap2 lekas jmpa n lekas kawin..hehehhe

Nasuha Salleh said...

entry yg sungguh bermakna buat mereka yg lebih mementingkan cinta berbanding tanggungjawab yg hakiki...
My Recent Post: Makan Ayam Dengan Bahan Kimia

touya said...

tak pernah kawen , jadi tak berani nak beri kesimpulan ....

aku memang seorang yang bebas . Tetapi tanggungjawab yang aku pikul sekarang sangat berat .

teratai said...

perkahwinan itu adalah satu tanggungjawab yg perlu dipikul kedua-dua pihak~isteri n suami!Alam percintaan memang berbeza dgn alam berumahtangga.....pastikan betul2 bersedia utk menempuhnya,baru buat keputusan utk berkahwin,samada lelaki atau perempuan!

Zona Indonesia said...

Sorga-nya seorang Isteri adalah di Rumah.., berbakti, menemani dan membimbing Suami menjadi orang Soleh .. :) ini pendapat pribadi.. Peace

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template