Tuesday, February 8, 2011

terlalu bergantung kepada pembantu rumah?

Mungkin yang sedang membaca ni ada yang rumahnya ada pembantu. Kalau style  orang kampung kata pembantu rumah tu 'bibik' la kan. Lagi-lagi bila pembantunya datang dari seberang.

Memang mudah ada pembantu rumah  ni. Macam-macam kerja rumah selesai dan tak payah fikir dan penat-penat badan lagi bila balik kerja. Urusan anak-anak pun terjaga dan tak risau sangat dah. Mira sendiri pun ada pasang angan-angan kononnya nak pakai pembantu rumah bila kerja.

Tapi, bila tengok mak sendiri rasa hairan pulak. Macam mana mak boleh jaga kami yang 7 orang ni tanpa 'bibik'? Mak pun kerja juga. Bila fikir-fikir dan teliti balik, rupanya ada rahsia di sebaliknya. Ayah dan mak saling tolong-menolong dan bertolak-ansur untuk jaga kami. Mira salut kat mak sebab mak memang super mom. Tak terbayang juga rasanya bebanan yang dipikul.

Mira lihat pula keluarga yang ada 'bibik' ni.  Oh... memang senang, kalau ada apa-apa semua minta 'bibik'.
Sampai anak-anak sendiri tak boleh berenggang dengan 'bibik' tu. Makan nak kena 'bibik' suap, tidor nak kena 'bibik' juga yang dodoi. Pendek kata, banyak lagi 'bibik' yang main peranan sebagai ibu  bapa dari ibu bapa kandung sendiri. Hatta, anak-anak tu menangis bila 'bibik' dihantar pulang.
cr to Google

Awas! Jangan terlalu seronok bila anak tu menangis kerana kepergian 'bibik'. Jika terlalu bergantung pada 'bibik' mungkin  anda sendiri akan kehilangan kasih sayang dari anak anda. Biar kasih anak juga tumpah ke kita walaupun dia juga kasih pada bibik. Itu pesan opah kepada mira. Tak mustahil anak sendiri mahu lari ikut bersama 'bibik' tu.

Apa-apa pun setiap benda ada baik dan buruknya, tinggal kita memilih dan mengurus saja. Perlu bijak. Bila bijak, perlu ada ilmu.Sekian.

p/s: banyak lagi persediaan ni untuk bekeluarga ni.

4 komen dari pembaca :

Azmi said...

setuju..
kalau dah semua benda nak suruh bibik buat memang over lah ...

mira_nas said...

yep.. kadang2 tgk budak2 tu rasa macam nak sepak2!

touya said...

klu camtu aku nak kawen ngan suri rumah jerlah

zahidah dihaz said...

suami pun sepatutnya kena membantu isteri di rumah jugak....saling tolong menolong itu mengeratkan perhubungan...betul tk?



New ntry: Yahoo! Ada kerja?

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template