Tuesday, March 29, 2011

Lebih bijak dari pencuri

3 komen dari pembaca
Kes jenayah kadang-kadang tidak boleh disangka-sangka. Mungkin tak sangka orangnya, tak sangka sebabnya dan tak sangka caranya. 'Tak sangka' itu inilah kadang-kadang mendedahkan kita dengan risiko jenayah dari orang lain. Paling sinonim dengan asrama ialah masalah kecurian, yang lain-lain bukannya tiada tetapi mungkin jadi 'hidden case' sebab tidak melibatkan orang lain.

Mencuri ini berbeza bagi setiap peringkat. Contohnya, kalau di sekolah rendah, benda-benda yang dicuri mungkin hanya pensel dan pemadam tetapi di institusi tinggi, barang-barang yang dicuri lebih berharga seperti laptop, telefon bimbit serta dompet.

Kecurian ini melibatkan 'rampasan pemilikan' sesuatu material yang bukan hak orang yang mencuri. Walau apa pun alasan orang yang mencuri, perbuatan itu tetap dikira sebagai jenayah. Cara mencuri pula, dah makin kreatif. Dulu, kalau dah kunci pintu terasa selamat. Sekarang, dah kunci pintu, kena sorok lagi kunci tu supaya tak dikait dari tingkap.

Kalau yang duduk di asrama, jangan lupa kuci pintu sebelum tidur. Taktik pencuri sekarang ni macam-macam, dia akan cuba buka pintu pada pukul lebih kurang empat pagi. Tak pon, pergi toilet lima minit je, semua dah hilang. Siapa yang tak kunci tu, kira nasib tak baiklah. Nak tangkap pencuri tu bukan senang. Dia dah ada strategi yang tak terkesan. Kalau tak, macam mana boleh berani nak jadi pencuri, ye dak?

Elakkan diri jadi mangsa, analisis tempat kediaman anda agar tiada peluang pencuri nak ambil barang-barang anda. Jadikan rutin untuk melihat sekeliling rumah dan pastikan pintu serta tingkap ditutup dan dikunci. Sekurang-kurangnya anda dah lakukan pencegahan. Tidaklah rasa marah terhadap diri sendiri sebab dah buat yang terbaik kalau terjadi juga kecurian.

kunci laptop

ikatnya di jeriji tingkap
itu je lah yang saya mampu.. anda?

Friday, March 18, 2011

'Cheque return. Awak faham apa saya cakap ni?

8 komen dari pembaca
Alhamdulillah, bila semak malam tadi, cek dari nuffnang dah 'clear' pon.
Tapi ada juga halangan nak 'clear' kan cheque tu.
carian google, tak sempat nak tangkap gambar.

Dalam dua hari lepas, mira ada terima call dari bank.

"Hello, ini Amiratul Iqamah ke?"
"Ha, ye saya,"
"Datang ke bank, ambil cheque return"
"haa....", mira macam tak pasti apa la dia suruh ni,
" Datang ke bank kat depan ni, pergi ke kaunter, kata nak ambik 'cheque return', awak faham cakap saya?"
"aahh.. ok2"

Termangu-mangu juga, tapi nasib baiklah bank tu cuma di seberang jalan. Terus je keluar dan pergi ke bank. Walaupun tak berapa arif, tapi nanti dah sampai tanya je la. Kalau malu bertanya, sesat le kan? Kan?

Thursday, March 17, 2011

Dah dapat pon cek dari nuffnang!

1 komen dari pembaca
Alhamdulillah..dah dapat pon cek dari nuffnang.Walaupun tak banyak macam blogger otai tapi kira ok la kan..kalau perasan..blog ni dah tiada iklan nuffnang . Just main says dengan churp churp je. Mungkin bila terbuka hati baru nak letak balik iklan nuffnang,anyway,tq ye~

Wednesday, March 16, 2011

PhotoEntry:RFC di Ipoh

7 komen dari pembaca
Maaf..hal yang lebih penting dalam hidup banyak didahulukan dari aktiviti blogging. Tapi..kembalinya saya untuk berkongsi berita gembira terutamanya untuk warga Ipoh. Satu cawangan RFC dah dibuka di Ipoh. Masa beroperasi:
 Isnin- Ahad
(10.30 a.m - 11.00 p.m)
Hari jumaat akan tutup dari 1.00 p.m - 2.00 p.m untuk solat Jumaat.

Tak susah kalau dah tahu lokasi Billion di Silibin ni.. Sila la lihat peta di bawah.

snap dari Google dan tambah sikit

Oleh sebab sederet bangunan tu bangunan baru, RFC tak masuk Google Maps lagi. Lokasinya pula agak tersembunyi sikit tapi nak kawasan nak parking kereta banyak. Kalau dah jumpa Billion Taman Alkaff ( taip kat Google Maps ye) di Silibin ni sila tengok pula  arah yang saya cuba tunjuk di bawah melalui gambar. Harap-harap faham la ye.

Tuesday, March 8, 2011

realiti tak semestinya indah belaka

10 komen dari pembaca
Kali ini sengaja merantau di tempat orang untuk aktiviti PBS. Setiap kali PBS, sekolah mestilah yang berlainan. Selalu yang kita belajar, sepatutnya keadaan realiti akan hampir dengan teori. Namun, manusia yang lemah dan lumrahnya 'lupa' menjadikan realiti jauh-jauh meminggiri realiti.

Kalau nak diikutkan 3 kali PBS ni, tekanan masing-masing berlainan. Almaklumlah, masih baru nak menceburi bidang profesion ni, masih banyak tunjuk yang perlu dipelajari dan diberi tunjuk ajar.

Yang termampu buat masa sekarang, hanyalah buat yang terbaik. Impression negatif orang tak boleh nak elak, tapi takkan nak pergi mengampu pulak nak hidup selamat, kan? Sabo je la..

cr to Google




Walaubagaimanapun, semangat tak boleh patah hanya semata-mata dengar cakap orang, ye dak? Future is in our own hand. Sekian.

Saturday, March 5, 2011

Kini di Negeri Sembilan

4 komen dari pembaca
Maaf! Beribu maaf mahu kuucap.
Tak sempat langsung nak jenguk blog sendiri.
Alhamdulillah... sekarang sudah tiba di Negeri Sembilan atas urusan menjalan PBS
ataupun Pengalaman Berasaskan Sekolah.

Doakan semuanya berjalan lancar ye.
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template