Tuesday, March 29, 2011

Lebih bijak dari pencuri

Kes jenayah kadang-kadang tidak boleh disangka-sangka. Mungkin tak sangka orangnya, tak sangka sebabnya dan tak sangka caranya. 'Tak sangka' itu inilah kadang-kadang mendedahkan kita dengan risiko jenayah dari orang lain. Paling sinonim dengan asrama ialah masalah kecurian, yang lain-lain bukannya tiada tetapi mungkin jadi 'hidden case' sebab tidak melibatkan orang lain.

Mencuri ini berbeza bagi setiap peringkat. Contohnya, kalau di sekolah rendah, benda-benda yang dicuri mungkin hanya pensel dan pemadam tetapi di institusi tinggi, barang-barang yang dicuri lebih berharga seperti laptop, telefon bimbit serta dompet.

Kecurian ini melibatkan 'rampasan pemilikan' sesuatu material yang bukan hak orang yang mencuri. Walau apa pun alasan orang yang mencuri, perbuatan itu tetap dikira sebagai jenayah. Cara mencuri pula, dah makin kreatif. Dulu, kalau dah kunci pintu terasa selamat. Sekarang, dah kunci pintu, kena sorok lagi kunci tu supaya tak dikait dari tingkap.

Kalau yang duduk di asrama, jangan lupa kuci pintu sebelum tidur. Taktik pencuri sekarang ni macam-macam, dia akan cuba buka pintu pada pukul lebih kurang empat pagi. Tak pon, pergi toilet lima minit je, semua dah hilang. Siapa yang tak kunci tu, kira nasib tak baiklah. Nak tangkap pencuri tu bukan senang. Dia dah ada strategi yang tak terkesan. Kalau tak, macam mana boleh berani nak jadi pencuri, ye dak?

Elakkan diri jadi mangsa, analisis tempat kediaman anda agar tiada peluang pencuri nak ambil barang-barang anda. Jadikan rutin untuk melihat sekeliling rumah dan pastikan pintu serta tingkap ditutup dan dikunci. Sekurang-kurangnya anda dah lakukan pencegahan. Tidaklah rasa marah terhadap diri sendiri sebab dah buat yang terbaik kalau terjadi juga kecurian.

kunci laptop

ikatnya di jeriji tingkap
itu je lah yang saya mampu.. anda?

3 komen dari pembaca :

Tauke Budu said...

fuh tu lah kan..kdg2 kita tak sangka...
tak sangka tu lah penyebabnya

Aretikz said...

Jadi.. kita kena jadi pencuri.. i mean.. kita curi pemikiran pencuri.. hehe.. ^_^

Entri Lelatest
Great Teacher Aretikz 7

faryzh said...

beringat sebelum kena.kan?

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template