Saturday, April 30, 2011

Tutorial: Update blog dari Microsoft Word

4 komen dari pembaca

Mungkin ada di antara kita yang hanya menganggap Microsoft Word ini cuma digunakan untuk menaip surat, karangan dan tak boleh pon nak guna untuk benda-benda lain. Sebenarnya word ni pon boleh digunakan untuk update blog kita juga. Caranya macam mana?

1. Mula-mula buka word dulu dan pilih new.

Pilih la, new blog post

2. Kemudian, register la akaun anda. Kalau tak register, macam mana nak publish, ye dak?

3. Lepas tu pilih la provider blog masing-masing. Kalau pakai blogger pilih la blogger. Untuk pengguna wordpress pun ada.

4. Lepas tu masukkan user name dan password. Then, word akan contact account kita, dan kita boleh start blogging.

Pada yang dah cemuh nak log in asyik lambat, tak pon dah jemu dah tengok laman nak publish tu, boleh je mengarang dari word.

Oh ye, kalau ada sesiapa yang nak tolong saya macam mana nak set picture option tu.. bagi tahu ye. Surrender dah bab ni, tak faham macam mana nak cari image provider.

Friday, April 29, 2011

Kenal dulu erti perkahwinan

1 komen dari pembaca
dapat buku nota~

Alhamdulillah... hati ini sangat bersyukur kerana dilorongkan Allah untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan yang bermula pada hari ini. Ya, umur saya baru 22 tahun dan insyaAllah... saya juga akan melalui saat-saat itu. Anda rasa terlalu awalkah? Mungkin ada yang terasa sedikit janggal melihat anak-anak muda baru mencecah usia 20-an sudah mula bertandang ke majlis sebegini.

'aku tidak bersedia'

'muda lagi lah'

'nanti lupa pulak'

'nak pergi dengan pasangan la... tapi dia tak nak sekarang'

'ala... belajar lagi la... nak kahwin pon lambat lagi'

'nanti aku nak kahwin baru pergi,, biar melekat sikit ilmu tu'

Ini adalah antara beribu 'alasan' muda-mudi terutamanya siswa-siswi  bila diajak bertangdang ke majlis itu. Tak kurang juga yang beranggapan orang yang pergi kursus kahwin awal ni.. dah gatal dah!

Friday, April 1, 2011

[Tutorial]: Tambah Penulis Blog

4 komen dari pembaca
Bagi yang tidak berkesempatan untuk update blog mungkin akan terfikir untuk buat ajak orang lain menulis untuk blog anda. Selain dari memberi email dan password, ada alternatif lain yang boleh digunakan iaitu sistem lain di mana anda sebagai admin dan rakan anda cuma ada akses untuk menulis sahaja.

Caranya mudah sahaja:

1. Log in > dashboard > settings > permission.



2. Add author dan masukkan email rakan anda tersebut. Pastikan email rakan anda adalah gmail.Jika rakan anda tiada akaun gmail, mintalah rakan anda itu untuk sign up bagi tujuan ini. =)

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template