Friday, April 29, 2011

Kenal dulu erti perkahwinan

dapat buku nota~

Alhamdulillah... hati ini sangat bersyukur kerana dilorongkan Allah untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan yang bermula pada hari ini. Ya, umur saya baru 22 tahun dan insyaAllah... saya juga akan melalui saat-saat itu. Anda rasa terlalu awalkah? Mungkin ada yang terasa sedikit janggal melihat anak-anak muda baru mencecah usia 20-an sudah mula bertandang ke majlis sebegini.

'aku tidak bersedia'

'muda lagi lah'

'nanti lupa pulak'

'nak pergi dengan pasangan la... tapi dia tak nak sekarang'

'ala... belajar lagi la... nak kahwin pon lambat lagi'

'nanti aku nak kahwin baru pergi,, biar melekat sikit ilmu tu'

Ini adalah antara beribu 'alasan' muda-mudi terutamanya siswa-siswi  bila diajak bertangdang ke majlis itu. Tak kurang juga yang beranggapan orang yang pergi kursus kahwin awal ni.. dah gatal dah!

Pada mulanya... hati ini termakan juga bisikan-bisikan orang seperti itu. Tetapi bila difikirkan kembali tujuan diri ini mahu menghadiri kursus itu tidak lain dan tidak bukan untuk mendalami erti perkahwinan Islam sebenar yang menuju Mardhatillah (keredhaan Allah). Biarlah apa orang nak kata... bukannya oang itu yang bayarkan yuran, duduk di dalam dewan berhawa dingin dan mendengar berjam-jam apa yang disampaikan! Biarlah orang itu dengan mulutnya! Bukan saya nak buat kerja HARAM pon. Doa sahaja hatinya tenang dan tidak lagi menganggu kerja baik saya ini dan berusaha juga perbaiki diri sendiri.

Slot pertama dan kedua adalah mengenai bab Aqidah dan Ibadah. Kalau ditelek ilmu di dada, serasanya sudah cukup untuk diri ini melangkah ke alam perkahwinan. Namun dua jam yang pertama buat saya sedar, masih banyak lagi yang saya perlu perbaiki diri. Banyak banyak lagi yang saya kena belajar. Penceramah tadi hanya menghuraikan tiga sahaja dari 20 sifat Allah dan 3 dari rukun solat. Itu baru sikit. MasyaAllah, makin didengar makin banyak lagi rupa-rupanya yang tidak saya ketahui.

Slot selepas rehat pula tajuk yang memang hot ; komunikasi suami isteri. Walaupun saya terlah khatam buku Aku Terima Nikahnya 1, 2 dan 3. Masih ada lagi yang menjadi perkara baru buat saya. Benarlah ilmu Allah itu cukup luas sehingga tak tercapai akal kita untuk memikirkannya. Saya lihat kursus pra-perkahwinan ini bukan sekadar berkongsi ilmu hubungan suami isteri, tetapi juga hubungan kita dengan Pencipta dan sedar perkahwinan bukan hanya tuntuan nafsu duniawi.

Kalau dihitung apa yang tidak saya ketahui, nampaknya tidak terhitung dibuatnya. Apa yang saya cuba katakan di sini, tuntut ilmu itu biar sepanjang masa. Tidak kira tua lebih-lebih lagi muda! Apa pun nama yang diberi kepada majlis ilmu tersebut seperti seminar, pameran ataupun kursus, Ilmu tetap Ilmu. Ambillah peluang yang ada untuk menimba ilmu seterusnya memantapkan diri dari segi mental dan rohaniah. Saya quote dari genta-rasa: when you stop learning, you stop leading.. even yourself. Bila berilmu barulah berfikiran dan  berkelakuan seperti manusia bertamadun. Moga dengan itu tidaklah lagi kita dengar anak yang dibuang ibu bapanya di tepi masjid mahupun di dalam tandas! Nauzubillah.. Ya Allah, jauhkanlah musibah ini dari menimpa keturunanku. Ameen.

p/s: saya akui saya tidak mampu untuk membalas lawatan anda.. saya ucapkan terima kasih kerana masih sudi melawat ainlh.com.
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template