Sunday, May 1, 2011

Laptop asyik kelipok gara-gara IDM

Arghh!.. mahu sasau.. baru je tulis ayat hipotesis sudah terpadam secara tiba-tiba laptop ni.

Sebelum tu, ada dialog box pasal IDM CC extension, tak sempat nak tekan yes ke no ke.. dah dia padam sendiri.

Adoi la labu, tak tenteram dibuatnya nak pakai laptop ni.

Haaaa.. kalau ada sesiapa yang ada masalah macam ni, tak susah kalau nak elak benda ni dari berlaku lagi. IDM ni compatible dengan Mozilla Firefox (kalau ada dalam laptop anda la).

Jadi, untuk mengelakkan masalah ni berlaku di masa hadapan, disable saja add-ons IDM untuk Mozilla Firefox tu.

Tahu ke macam mana? Mula-mula pergi kat tool > add-ons> pilih IDM CC > disable dan Restart firefox
Pastikan keluar dialog box macam ni untuk disable IDM CC tu (cr to Google Image)

Lagi elok, tutup terus kat tray icon tu kalau tak guna. Mengacau je. Oh ye, saya asyik cerita pasal IDM ni, tahu ke apa bendanya. IDM tu singkatan dari Internet Download Manager. Sangat berguna untuk download file macam video, audio ataupun document.
Ok. That's a simple tip for today. Selamat Hari Pekerja.

p/s: harap la laptop ni tak kelipok lagi. (kelipok = kelip-kelip > ini adalah bahasa daerah /loghat Kedah. Maaf kalau salah)

4 komen dari pembaca :

Izzuddin Fauzi said...

Nie sbb x update IDM nie... :D
Rujuk: http://www.myetech9.com/2011/04/idm-muatturun-lebih-selesa-toturial.html

♥xaturen♥ said...

hehe..
klipok ~ lebih bermaksudkan terkebil-kebil.

Tauke Budu said...

hahaha azmi punya tak de masalah je..ok je...haha...

aleen aiden said...

hu3,baru 1st time dgr pkataan klipok.rare tahu!

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template