Saturday, June 4, 2011

Karnival Upin dan Ipin di Ipoh~

8 komen dari pembaca
Bersusun banner Upin dan Ipin sepanjang jalan di Ipoh ni. Rupa-rupanya ada Karnival Upin Ipin sepanjang 3 - 5 Jun 2011 oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.. Tempat berlangsungnya karnival ni adalah di Stadium Indera Mulia Ipoh. Ha... hari ni dah mula la.


Pagi tadi, mira dan keluaga pergi pasar tani dekat dengan stadium. Jadi, dah alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan, ye dak? Hehe, mana taknya, pergi pasar tani tu pun lambat, sampai pun  nak dekat pukul  10 pg dan acara plak memang mula pukul 10 Pg. Banyak juga acara menarik. Tak larat nak tulis, Boleh tengok gambar kat bawah, hehe

Friday, June 3, 2011

Alat Pengesan Penipu

1 komen dari pembaca
Menipu, ditipu dan tertipu bukan suatu perkara yang luar biasa. Kalau ditanya kepada 10 orang : Adakah anda seorang penipu? Sudah semestinya jawapannya tidak. Tapi, saya ada alat untuk kesan orang yang menipu ni. Sebelum tu, kita fahami dulu macam mana otak penipu ini bekerja bila dia nak menipu.

Apabila menipu, otak manusia bekerja dan lebih banyak aktiviti yang berlaku pada sebelah kiri. Untuk menipu atau memutarbelitkan sesuatu, ia perlu menyamakankannya dengan memori dan berfikir secara logik. Otak kiri juga adalah otak yang memproses pemandangan di sebelah kanan. Maka, sebab itulah, apabila seseorang itu menipu, secara tidak sedar, dia akan melihat ke kanan. - Mr Brain.

mata akan melihat ke kanan secara tidak sedar (image dari Drama Mr. Brain)
Jadi, nak tahu orang tu menipu atau tidak, pandanglah matanya ketika dia sedang bercakap. Kalau dia pandang ke kanan, mungkin dia sedang menipu. Ha.... tak payah beli pun kat alat pengesan penipu. FREE je. Ate... kome kan suka hat pree ni. Selamat mencuba. Tapi ingat,tak elok menipu. Menipu kan amalan golongan munafik.

p/s: Saya ambik tips ni dari drama jepun Mr Brain lakonan Takuya Kimura. Boleh tengok trailernya kat bawah ni. Seronok dan dapat pelajari sesuatu darinya.

Thursday, June 2, 2011

Nak buat macam mana? Ia memang menjengkelkan.

11 komen dari pembaca
"Mira.."
"ye.. awat?"
"watpe? dah mamam?"
"er..mamam tu apa?makan?
"ye, dah ke?"
"dah"
"dah solat?"
"dah"
"watpe ni?"
"takde apa..."
"yela.. watpe?" 

My..my.. rasa macam nak lempang saja orang yang dok tanya mcam ni. Makin dilayan makin membara rasa hati. Rasa menyampah pun ada. Sekali boleh la macam ni. tapi, bila hari-hari rasa macam nak muntah. It's not about concern anymore. It's disgusting! Yeah, DISGUSTING and ANNOYING!

It's no exception even your face ..err.. ok la. Mungkin ada yang seronok orang tanya buat apa, dah makan ke, dah solat ke? Tapi untuk saya, those trivial things tak perlu tanya bagi saya yang berumur 22 tahun ni. Saya tahu jaga diri, dan saya tahu saya perlu jaga hubungan saya dengan tuhan saya.

Maybe anybody will say, that's cute to use such word. Buat apa > watpe?
But, I'm sorry. It's not for me. At least.

Tak menyampah ke dengar laki umur 20-an cakap pelat macam budak umur 4 tahun. Kalau saya rasa macam nak lempang je. Sekian.

p/s; Mix the languages. Tapi saya pakai ayat penuh. So?

Wednesday, June 1, 2011

Periksa tahap kesihatan diri anda dengan lihat anda punya n@%&is

2 komen dari pembaca
Ohh.. ok.. memang lama dan bukan sengaja menghilang diri. Well.. bukan ada orang concern pun kat blogger cikai macam saya ni.. hehe

Kali ni nak kongsi satu maklumat dengan anda.. macam mana nak tahu tahap kesihatan badan kita.
Mungkin ada yang tak perasan, atau langsung tak tahu. Sampai dah tak larat baru la nak pergi jumpa doktor.

Satu cara nak tahu tahap kesihatan anda ialah dengan lihat pada n@%&is anda. Apa benda tu ye? hehe..  sebenarnya, najis. Kalu tak faham... er.. tengok tahi sendiri lepas qada' hajat.

Kalau SIHAT, bentuknya macam pisang dan warnanya kuning keemasan. Kalau bulat-bulat ke, terus takde bentuk ke tak sihat lah tu.Kalau sembelit, lagi haru. Ada la yang tak kena dengan badan kita macam tu.

Sihat itu satu kekayaan dan cara menjaga kekayaan ialah dengan jaga pemakanan. You are what you eat, kan? Lagi pula, badan cergas, minda cerdas.

cr to Google
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template