Friday, June 3, 2011

Alat Pengesan Penipu

Menipu, ditipu dan tertipu bukan suatu perkara yang luar biasa. Kalau ditanya kepada 10 orang : Adakah anda seorang penipu? Sudah semestinya jawapannya tidak. Tapi, saya ada alat untuk kesan orang yang menipu ni. Sebelum tu, kita fahami dulu macam mana otak penipu ini bekerja bila dia nak menipu.

Apabila menipu, otak manusia bekerja dan lebih banyak aktiviti yang berlaku pada sebelah kiri. Untuk menipu atau memutarbelitkan sesuatu, ia perlu menyamakankannya dengan memori dan berfikir secara logik. Otak kiri juga adalah otak yang memproses pemandangan di sebelah kanan. Maka, sebab itulah, apabila seseorang itu menipu, secara tidak sedar, dia akan melihat ke kanan. - Mr Brain.

mata akan melihat ke kanan secara tidak sedar (image dari Drama Mr. Brain)
Jadi, nak tahu orang tu menipu atau tidak, pandanglah matanya ketika dia sedang bercakap. Kalau dia pandang ke kanan, mungkin dia sedang menipu. Ha.... tak payah beli pun kat alat pengesan penipu. FREE je. Ate... kome kan suka hat pree ni. Selamat mencuba. Tapi ingat,tak elok menipu. Menipu kan amalan golongan munafik.

p/s: Saya ambik tips ni dari drama jepun Mr Brain lakonan Takuya Kimura. Boleh tengok trailernya kat bawah ni. Seronok dan dapat pelajari sesuatu darinya.

1 komen dari pembaca :

Saiful Bakhtiar said...

salam.bagus gak dpt tau kaedah org nipu ni.

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template