Saturday, June 4, 2011

Karnival Upin dan Ipin di Ipoh~

Bersusun banner Upin dan Ipin sepanjang jalan di Ipoh ni. Rupa-rupanya ada Karnival Upin Ipin sepanjang 3 - 5 Jun 2011 oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.. Tempat berlangsungnya karnival ni adalah di Stadium Indera Mulia Ipoh. Ha... hari ni dah mula la.


Pagi tadi, mira dan keluaga pergi pasar tani dekat dengan stadium. Jadi, dah alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan, ye dak? Hehe, mana taknya, pergi pasar tani tu pun lambat, sampai pun  nak dekat pukul  10 pg dan acara plak memang mula pukul 10 Pg. Banyak juga acara menarik. Tak larat nak tulis, Boleh tengok gambar kat bawah, hehe



Mira sempat juga tengok maskot upin dan ipin naik pentas. Huhu, adik-adik seronok, tapi malas nak berasak ke depan. Almaklumlah, ramai orang.
siap menari chicken dance lagi.
Dalam stadium tu ada banyak booth yang boleh dilawat. Kebanyakannya bertemakan e-learning atau e-education untuk kanak-kanak. Selain tu, barang-barang upin dan ipin pun ada dijual. Kalau nak jadi ahli Kelab Upin dan Ipin pon boleh juga, tapi kalau mira dah lepas kot umur syarat nak masuk. Huhuhu...

Dah habis tengok-tengok kat dalam, keluar pulak. Kat luar ada board boleh tinggalkan ucapan untuk upin dan ipin.

haha.. sempat lagi, tu tak habis tulis lagi tu.

adik yang ke-6: afwan

adik yang ke-5: 'afiah

Menariknya lagi, di luar stadium tu ada replika Rumah Opah. Macam dalam cerita tu la. Satu lagi, ada sepasang kembar seiras yag digayakan sama macam upin dan ipin. Hatta stail rambut pun sama lo!
sorry, dapat tangkap dari profile je.

Dah selesai, kami pun menapak ke luar. Di luar pun macam-macam gerai ada. Ye lah, tempat besar macam ni, lagi macam-macam jualnya, tapi tu lah... duit yang bawak tak la besar mana. Huhu. Ok, orang Ipoh, kalau nak serbu karnival ni pun sempat lagi. Silalah~

Mak kata: kome pergi sini dah le, tak payah pergi Paris. heee~

8 komen dari pembaca :

nursyamime said...

betul betul betul..
hu3..

mira_nas said...

nursyamime: apa yang betulnya?

SyedGraphiX said...

wahhh....best nya jumpa ipin upin. hahahaha. *macam bdak2 je

Finaz Jaafar said...

hee..best la dapat gi yek

Tauke Budu said...

wah...
kalau anak sedara azmi pergi mesti gembira habis dia..haha...

izryn said...

seronoknyer...

Apih El Nino said...

Ramainye Upin Ipin :P

A retarded kitty said...

jauhnya...

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template