Wednesday, August 24, 2011

Saya tak sedar rupanya saya dah ada pekerjaan!

3 komen dari pembaca
Semangat betul adik mira yang dah umur 12 tahun ni nak buat IC. Birthday dia 10/8 jadi dah lama jugak lah dia tunggu. Sebagai kakak yang baik, mira pun setuju sahaja bila mak minta bawa dia ke sana. Dah sampai di kaunter, perkara pertama mesti lah nak kena isi borang, kan? Jadi, kami pergi la duduk kat sofa dan meja untuk mengisi borang tu. Mak minta mira tolong isikan dan mak hanya lengkapkan di bahagian waris. Tiba-tiba datang seorang wanita Melayu membawa borang dan surat beranak duduk sekali.

Dah selesai isi borang, mak terus bangun ke kaunter. Mira pula just stay kat situ. Wanita tu pun terus mengulur borang dan surat beranak sambil berkata.

"Isi borang ni,boleh?"
"Saya?" mira tanya dia balik sambil tercengang-cengang.
"Kenapa saya?"
"Tak biasa isi eh" berubah muka dia. Cover agaknya.

Mira pun bangun dari situ dan ke tempat lain. Aik? Apsal tiba-tiba nak suruh aku? Amboi, sedap nak buli-buli orang pulak. Bukan dalam bahasa alien pun borang tu sampai tak reti nak isi. Mengomel jugak dalam hati bulan-bulan puasa ni. Ish3.. Astaghfirullah. Mungkin dia fikir mira ni salah seorang pekerja JPN kot. Sebab tu la dia main sua je. Jawatannya: Pegawai Pengisian Maklumat. huhu.. pandai-pandai je.

Tak lama lepas tu..

"Dik, tolong isi borang boleh ka? saya tak reti la mau isi.."
"Aaa... aaa ok"

Haih??? mai pulak uncle ni minta tolong isi borang. Tapi ada ampun jugak lah sebab mungkin dia tak berapa pandai Bahasa Melayu. Isikan jugaklah borang tu. tapi... sorry uncle, rasanya tak tulis full name cucu uncle tu. Yela, first time pun nak tolong tulis nama Indian. Huuuu..

Bukan tak nak tolong yang wanita melayu tu. Tapi kalau dia mintak tolong dengan sertakan perkataan 'tolong' dalam ayat ...mungkin mira akan lebih tergerak hati nak tolong. Lain kali siasat dulu, jangan main redah. Kan dah malu sendiri.

p/s: satu hari mira gelak bila teringat mira tanya dia balik.. "Saya?... kenapa saya?"

Tuesday, August 23, 2011

Mak cik hampir bogel merayau di pasaraya.

2 komen dari pembaca
Petang ini hujan lagi. tapi mira gagahkan juga nak pergi shopping cenderahati untuk sekolah. Hadiahnya sudah dijumpai, nak cari pula craft pen untuk tulisan kenang-kenangan. Hajat hati mahu mencari pen-pen itu di pasaraya. Harapnya ada..lah! Sambil menapak, terkejut lihat seorang mak cik ni... Mak cik? Er.. boleh panggil opah dah ni, beruban, berkedut.. berciri lebih kurang sama dengan opah-opah sedunia yang lain. Cepat-cepat mata dilarikan ke arah lain. Isy...gile agaknya orang ni. Bulan puasa ni la dok buat perangai tak senonoh!

Sambil istigfar dalam hati, mira dan adik terus naik tingkat atas sekali bangunan pasaraya tu. Sambil mencari-cari pen yang dihajatkan, tiba-tiba opah ni tadi menjerit-jerit...
"FOR WHAT CASE?"
Tersirap juga darah ni mendengar jeritan dia.Wah2.. boleh tahan makian opah tu dalam bahasa Inggeris. Tak lama lepas itu, kelihatan guard naik ke atas dengan muka yang berang sambil mengarahkan rakannya  mengepung dan menghalau opah tu.Dia juga turut meminta no balai polis berdekatan daripada pekerja-pekerja di situ. Opah tu sepatah pun tak memaki dalam bahasa Melayu,  Sudahnya, opah itu dibiarkan dengan alasan opah itu hanya ingin membeli barang. Pekerja-pekerja kat situ semuanya tak boleh buat apa-apa tindakan. Suasana memang sangat tegang. Semua orang kat situ terutamanya pekerja-pekerja berkerut muka.

Tapi apa munasabahnya mira nak bagitaw korang semua ni. Macamlah kat tempat korang tu takde orang-orang hampir bogel ni, kan? Kes opah ni special sikit. Dia pakai short skirt dan top yang jarang dan nipis tanpa pakai undies.. senang cakap tak pakai bra la... memang transparent habeh. Kalau lelaki yang beriman,ada juga tunduk pandangan, tapi yang hidung dan mata belang , dok ambil kesempatan menjamu mata. Paling sedihnya, bila dapat tahu opah itu sebangsa.. mungkin tak seagama atau murtad? Nauzubillah!

Mira nak cakap sesuatu kat opah:
Walaupun semua orang ada hak dalam negara berdemokrasi ni, tapi tak bermakna kita sesuka hati buat apa yang kita suka. Kita hidup dalam komuniti manusia yang perlu ada nilai hormat-menghormati sensitiviti orang lain. Kita masih ada nilai ketimuran yang harus kita pegang. Mira harap opah sempat berubah dan bertaubat sebelum MALAIKAT MAUT datang menjalankan tugas. Dia takkan melengahkan  atau mempercepatkan suruhan Allah untuk mengambil nyawa kita. 
Sejauh mana kita boleh berkiblatkan omputih? Tepuk dada tanyalah iman.

Hari-hari pergi berperang.

0 komen dari pembaca
Dealing with myself is not even easy. Hakikat manusia yang punya cita rasa, pasti ada sahaja benda tak kena. My old self selalunya akan terus vent out  apa yang terbuku di hati. Kalau hati tengah senang hingga tak sedar senyum ke telinga tapi kalau tak suka dan marah tak sedar 'tersembur' pun ada. Ah.. sengsaranya orang di sekelilingku. Huh! baru tahu?

Di dalam semua situasi, selalunya hati, emosi dan akal yang berdamping dengan iman akan beperang hebat lebih-lebih lagi apabila ditimpa musibah. Mungkin luar sahaja nampak tenang namun dalam diri ini Allah sahaja yang tahu hebatnya nafsu,emosi dan akal berperang. Mana tidaknya, nafsu hanya ikut apa dimahukan,emosi mahu ikut apa yang dirasa. Cuma akal yang didampingi iman hanya beridiri sendirian melihat tamaknya nafsu dan hati. Salah siapa yang selalu kupersoalkan.Entah...cuma mampu termenung mengenangkan semua ini. Doa yang penuh pasrah sambil mengharap keberadaanNya disisku:

Ya Allah, Kaulah yang datangkan sesuatu dan sesorang itu dalam hidupku, maka Kau jualah yang membawa pergi semua itu dariku. Maka, berikanlah aku petunjuk, ketabahan dan ketengan menghadapinya moga di akhir perjalananku nanti,aku dapat bertemu denganMu di dalam redhaMu

 Alhamdulillah, Ramadhan kali ini dapat juga menjadi medan tarbiyah buat diri. Walaupun mungkin hanya sedikit namun amat bermakna.

p/s: hari-hari berperang begini.. sengsaranya hanya Dia yang tahu~

Saturday, August 20, 2011

Kad Raya NZ dari Abg Adriad yang hensem~

1 komen dari pembaca
Ye! Saya memang dah lama menyepi diri dari dunia blog dan sah2nya dah lama tak masuk contest atau giveaway~
 Alang-alang ternampak ping blog yang macam memang best.. terus je nak rasa nak join. Mana lah tahu boleh dapat kad raya dari New Zealand, kan?Kalau kawan2 nak join, cepat-cepatlah join contest ni sebab tarikh nak join just dari

20 Ogos - 25 Ogos.



Actually, the blogger is my senior di IPG KSAH. Sekarang dia kat NZ, belajar TSEL dan dia memang hensem pun.
Dah berpunya ke tak.. silalah tanya sendiri kat tuan punya badan. Saya hanya tahu dia hensem je..kah3 membodek bukan main lagi. Kalau nak tahu lagi details pasal GA ni, macam mana rupa kad rayanya, sila la klik kat gambar di bawah. Gambar kat bawah ni memang gambar beliau.. haaaa.. hensem kan.. cakap tadi tak caya. Apa lagi... klik la gambar kat bawah ni untuk ke entri tersebut. Best of luck, ok~

p/s: hurm.. saya takde kat Malaysia kalau abg nak contact saya 26/27 hb tu.. sampai la 3hb (huhu.. bajet konfem menang je) Anyway.. hopefully ada rezeki la~

Download Closed Caption (CC) dari Youtube

1 komen dari pembaca
Susah kan kalau nak download video tapi subtitle pakai closed caption(CC). So, memang ada cara nak download CC tu. Just pergi page ni dan anda akan dapat macam kat bawah ni.

Then, masukkan URL tu dalam field > Download. Lepas tu akan keluar dialog box , so pilih save ok. Format subtitle adalah .srt.
Mira pernah cuba guna dengan  browser Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer. Nampaknya Internet Explorer je yang compatible.

Macam mana nak guna? Untuk memudahkan fail subtitle tu dibuka secara automatik pada masa akan datang. rename fail subtitle tu ikut nama video tu. Contoh:

video: KLGangster.flv
subtitle: KLGangster.srt

Paling senang, buka player. Play video dan drag je subtitle tu bila video dah play. Ok, selamat mencuba~

Thursday, August 18, 2011

Going back home!

0 komen dari pembaca
Finailly,it's time for me to go back home..
Getting tired of all things around me,gladly, I have some time to refresh.

I hope all of you guys happily spend your precious time during this remaining Ramadhan and Aidil Fitri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~

6 komen dari pembaca
Gembiranya aku akan kedatanganmu, Ramadhan~ (cr to Google Image)

Memperbaiki diri sendiri adalah lebih mudah dan selamat berbanding mengubah orang lain. Moga Ramadhan kali ini menjadi medan tarbiyah yang lebih baik dari sebelum ini.

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template