Tuesday, August 23, 2011

Mak cik hampir bogel merayau di pasaraya.

Petang ini hujan lagi. tapi mira gagahkan juga nak pergi shopping cenderahati untuk sekolah. Hadiahnya sudah dijumpai, nak cari pula craft pen untuk tulisan kenang-kenangan. Hajat hati mahu mencari pen-pen itu di pasaraya. Harapnya ada..lah! Sambil menapak, terkejut lihat seorang mak cik ni... Mak cik? Er.. boleh panggil opah dah ni, beruban, berkedut.. berciri lebih kurang sama dengan opah-opah sedunia yang lain. Cepat-cepat mata dilarikan ke arah lain. Isy...gile agaknya orang ni. Bulan puasa ni la dok buat perangai tak senonoh!

Sambil istigfar dalam hati, mira dan adik terus naik tingkat atas sekali bangunan pasaraya tu. Sambil mencari-cari pen yang dihajatkan, tiba-tiba opah ni tadi menjerit-jerit...
"FOR WHAT CASE?"
Tersirap juga darah ni mendengar jeritan dia.Wah2.. boleh tahan makian opah tu dalam bahasa Inggeris. Tak lama lepas itu, kelihatan guard naik ke atas dengan muka yang berang sambil mengarahkan rakannya  mengepung dan menghalau opah tu.Dia juga turut meminta no balai polis berdekatan daripada pekerja-pekerja di situ. Opah tu sepatah pun tak memaki dalam bahasa Melayu,  Sudahnya, opah itu dibiarkan dengan alasan opah itu hanya ingin membeli barang. Pekerja-pekerja kat situ semuanya tak boleh buat apa-apa tindakan. Suasana memang sangat tegang. Semua orang kat situ terutamanya pekerja-pekerja berkerut muka.

Tapi apa munasabahnya mira nak bagitaw korang semua ni. Macamlah kat tempat korang tu takde orang-orang hampir bogel ni, kan? Kes opah ni special sikit. Dia pakai short skirt dan top yang jarang dan nipis tanpa pakai undies.. senang cakap tak pakai bra la... memang transparent habeh. Kalau lelaki yang beriman,ada juga tunduk pandangan, tapi yang hidung dan mata belang , dok ambil kesempatan menjamu mata. Paling sedihnya, bila dapat tahu opah itu sebangsa.. mungkin tak seagama atau murtad? Nauzubillah!

Mira nak cakap sesuatu kat opah:
Walaupun semua orang ada hak dalam negara berdemokrasi ni, tapi tak bermakna kita sesuka hati buat apa yang kita suka. Kita hidup dalam komuniti manusia yang perlu ada nilai hormat-menghormati sensitiviti orang lain. Kita masih ada nilai ketimuran yang harus kita pegang. Mira harap opah sempat berubah dan bertaubat sebelum MALAIKAT MAUT datang menjalankan tugas. Dia takkan melengahkan  atau mempercepatkan suruhan Allah untuk mengambil nyawa kita. 
Sejauh mana kita boleh berkiblatkan omputih? Tepuk dada tanyalah iman.

2 komen dari pembaca :

INTAN said...

ish ish..kat pasaraya mana tuh?? hebait sungguh opah tu..

mira_nas said...

huuu..yg tu xley gtaw~

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template