Wednesday, August 24, 2011

Saya tak sedar rupanya saya dah ada pekerjaan!

Semangat betul adik mira yang dah umur 12 tahun ni nak buat IC. Birthday dia 10/8 jadi dah lama jugak lah dia tunggu. Sebagai kakak yang baik, mira pun setuju sahaja bila mak minta bawa dia ke sana. Dah sampai di kaunter, perkara pertama mesti lah nak kena isi borang, kan? Jadi, kami pergi la duduk kat sofa dan meja untuk mengisi borang tu. Mak minta mira tolong isikan dan mak hanya lengkapkan di bahagian waris. Tiba-tiba datang seorang wanita Melayu membawa borang dan surat beranak duduk sekali.

Dah selesai isi borang, mak terus bangun ke kaunter. Mira pula just stay kat situ. Wanita tu pun terus mengulur borang dan surat beranak sambil berkata.

"Isi borang ni,boleh?"
"Saya?" mira tanya dia balik sambil tercengang-cengang.
"Kenapa saya?"
"Tak biasa isi eh" berubah muka dia. Cover agaknya.

Mira pun bangun dari situ dan ke tempat lain. Aik? Apsal tiba-tiba nak suruh aku? Amboi, sedap nak buli-buli orang pulak. Bukan dalam bahasa alien pun borang tu sampai tak reti nak isi. Mengomel jugak dalam hati bulan-bulan puasa ni. Ish3.. Astaghfirullah. Mungkin dia fikir mira ni salah seorang pekerja JPN kot. Sebab tu la dia main sua je. Jawatannya: Pegawai Pengisian Maklumat. huhu.. pandai-pandai je.

Tak lama lepas tu..

"Dik, tolong isi borang boleh ka? saya tak reti la mau isi.."
"Aaa... aaa ok"

Haih??? mai pulak uncle ni minta tolong isi borang. Tapi ada ampun jugak lah sebab mungkin dia tak berapa pandai Bahasa Melayu. Isikan jugaklah borang tu. tapi... sorry uncle, rasanya tak tulis full name cucu uncle tu. Yela, first time pun nak tolong tulis nama Indian. Huuuu..

Bukan tak nak tolong yang wanita melayu tu. Tapi kalau dia mintak tolong dengan sertakan perkataan 'tolong' dalam ayat ...mungkin mira akan lebih tergerak hati nak tolong. Lain kali siasat dulu, jangan main redah. Kan dah malu sendiri.

p/s: satu hari mira gelak bila teringat mira tanya dia balik.. "Saya?... kenapa saya?"

3 komen dari pembaca :

ARC™ said...

ucapan tolong tu utk sesiapa je walaupun utk pekerja

kurang beradab macik tu

Lynn said...

ishk3..poyo beno makcik tu..dudush baru tawu..

Bunga api dan aku

Mario said...

sian le makcik tu...

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template