Monday, October 31, 2011

Cegah ponteng melalui SMS

5 komen dari pembaca

(sumber gambar: akhbar Utusan; 31 Oktober 2011)


Canggih dah sekarang ni. Kalau pelajar tak datang,ibu bapa akan dimaklumkan.Kalau projek ni berjaya,nanti setiap guru kelas dapatlah iPad.


Published with Blogger-droid v2.0

Sunday, October 30, 2011

Hari Pertunangan Kak Aliah dan Hari Lahir Opah + Mak Long

2 komen dari pembaca
Alhamdulillah. Majlis dah berlangsung dengan baik semalam. Cincin pertunangan pun dah tersarung walaupun sebelum tu terketar-ketar juga. Nervous ye kak? Anyway, tahniah kak. Lagi satu langkah nak memasuki alam perkahwinan. Moga-moga barakah la hendaknya.

Istimewanya majlis ni sebab turut menyambut ulang tahun  kelahiran  Opah dan Mak Long. Tambah meriah gitu dengan kek secret recipe. Moga sihat-sihat sahaja hendaknya.

Opah dan Mak Long - Awet muda gitu..~

Mana gambar orang yang bertunangnya? Maaflah, nampaknya she's being secretive. Even kat facebook pun dia tak upload. Tunggu dah sah dan kenduri bulan 3 la.. Tak gitu.

Handsome little Zahin Farhan~ 

Menangi Samsung Galaxy SII

7 komen dari pembaca
Jom join GA ini da last entry adalah pada 31 Oktober 2011! Sambil-sambil tu boleh la tengok gadget terbaik ikut kategori. Senang la juga nak memilih jika nak beli satu dari pasaran. Klik pada gambar atau sini untuk maklumat lanjut.

Friday, October 28, 2011

Ayam ampap: Sedap,mudah dan sihat.

7 komen dari pembaca

Mira cuti tapi mak kerja. Jadinya, terpaksa la jadi chef. Jadi, mira cari resepi di mesra.net dan jumpa la resepi yang bahan-bahannya dah ada kat dapur. Kalau nak cuba, bolehlah cari 'ayam ampap' kat mesra.net. Senang sangat! Dah tak ada alasan kata tak pandai masak.

p/s: asam keping jangan bubuh banyak sangat. Nanti pelik pula rasanya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 27, 2011

Lagi: Tips Kecantikan.

0 komen dari pembaca
Terima kasih dan selamat mengamalkan tips-tips dalam entry lepas. Mira nak tambah lagi sikit tip yang tertinggal hari tu...Entry hari tu mira tulis apa yang ingat je. Maaf ye~ Kalau tak tulis..tips-tips tu asyik berlegar-legar dalam minda...huhu.

Sambungan tips:

1. Jika anda mempunyai resdung, elakkan pakai bedak kerana debu bedak akan membuat resdung anda bertambah teruk. Bolehlah ganti dengan uv stick je.

2. Jika kulit anda berjerawat,elakkan pakai foundation sebab liang kulit anda akan mudah tersumbat dan menambahkan risiko jerawat. Ada juga yang berpendapat,umur 25 ke atas barulah kulit sesuai untuk pakai foundation.

3. Hujung rambut kita ada minyak. Oleh itu,elakkan terkena pada kulit muka untuk mengurangkan faktor pertumbuhan jerawat. Sebaiknya,ikat rambut sewaktu tidur untuk elakkan rambut terkena muka.

4. Kebanyakan produk dari Thailand mempunyai kepekatan bahan kimia yang tinggi. Oleh itu, berhati-hati memilih produk dengan membaca terlebih dahulu labelnya.

Wednesday, October 26, 2011

13 Tips Mudah Menjaga Kecantikan... Jom Cantik!

5 komen dari pembaca
Hari Ahad yang lepas sempat ke Program Jom Cantik di Medan Klebang Restu.. Jadi, mira nak kongsi sikit la tips-tips yang mira dah dapat waktu program tu. Tips ini boleh digunakan sama ada lelaki atau perempuan ye...

Tips kecantikan;

1. Minyak pada wajah pada waktu pagi adalah sesuai untuk tujuan urutan muka. Oleh itu, sebelum mencuci wajah, eloklah urutan dilakukan terlebih dahulu. Kalau tak sempat buat tiap-tiap pagi, buat lah waktu pagi hujung minggu.
sumber:berita mingguan.
Humming massage (sumber : Japanese magazine)

2. Sebelum mencuci muka, jangan basahkan wajah anda kerana minyak pada wajah dan air tidak bercampur. Cara yang betul adalah dengan mencuci tangan terlebih dahulu kemudian membuihkan sabun pada tangan dengan air yang minima. Barulah muka betul-betul bersih.

Monday, October 24, 2011

Kartun Nabi Nuh yang menyesatkan kanak-kanak Islam

1 komen dari pembaca
Kartun mengenai nabi Nuh yang telah disiarkan di *** * telah memaparkan secara musikal kisah pembinaan bahtera sehinggalah tamat bencana banjir tersebut. Di dalam perjalanan cerita,dikisahkan bahawa isteri serta anak-anaknya turut menaiki bahtera tersebut walaupun jelas dalam Al-Quran bukti keingkaran mereka. Apa yang memeranjatkan lagi, animasi ini juga telah dialih suara ke dalam Bahasa Malaysia. Dalam perjalanan, 'Nabi Nuh' tersebut telah berdoa bersama anak-anaknya sambil menyanyi-nyanyi. Akhirnya, bahtera itu berlabuh di atas pokok!

Dah macam Santa dah...
Isterinya... siap tolong check lagi.

Saturday, October 22, 2011

Jalur lebar dalam smartphone.

0 komen dari pembaca
Ada smartphone tak? Tak ada pun takpe... teruskan membaca.
Baiklah~ Entry ini khas untuk orang yang tak berapa sangat penting dan mempunyai smartphone tapi tidak melanggan sebarang pelan internet, walaubagaimanapun melanggan jalur lebar.
Ha... cukup tak kriteria tu.. tak cukup pun boleh baca juga, teruskan.

Sebenarnya, nak bagi taw pada yang tak taw cara-cara untuk menetapkan setting sim broadband supaya boleh melayari internet dengan menggunakan smartphone.

1. Mula-mula, shut down dulu phone tu elok-elok dan tukar main sim kepada sim broadband.

2. Lepas tu..., tengok video kat bawah ni ha...



3. Kalau nak tukar balik kepada main sim, pastikan shut down phone elok-elok. Kalau phone tak dapat detect sim, 'Restart the phone'.


Ok. Harapnya bergunalah tips ini. Saya pernah cuba cara ini pada Xperia X10 mini dan Xperia X8. Smartphone yang pakai Android sebagai Operating System pun rasanya boleh pakai setting ini. Selamat mencuba.

Sunday, October 16, 2011

Blog for sale.

0 komen dari pembaca
If the title led you here...this is just a joke. By the way,in this short entry, l just want to express my gratitude for those who have been visiting this
page... Thank you.

With love,
A.I.N.L.H
Published with Blogger-droid v1.7.4
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template