Wednesday, October 26, 2011

13 Tips Mudah Menjaga Kecantikan... Jom Cantik!

Hari Ahad yang lepas sempat ke Program Jom Cantik di Medan Klebang Restu.. Jadi, mira nak kongsi sikit la tips-tips yang mira dah dapat waktu program tu. Tips ini boleh digunakan sama ada lelaki atau perempuan ye...

Tips kecantikan;

1. Minyak pada wajah pada waktu pagi adalah sesuai untuk tujuan urutan muka. Oleh itu, sebelum mencuci wajah, eloklah urutan dilakukan terlebih dahulu. Kalau tak sempat buat tiap-tiap pagi, buat lah waktu pagi hujung minggu.
sumber:berita mingguan.
Humming massage (sumber : Japanese magazine)

2. Sebelum mencuci muka, jangan basahkan wajah anda kerana minyak pada wajah dan air tidak bercampur. Cara yang betul adalah dengan mencuci tangan terlebih dahulu kemudian membuihkan sabun pada tangan dengan air yang minima. Barulah muka betul-betul bersih.


3. Cuci muka paling maksima adalah sebanyak 3 kali sehari. Skrub pula sekali seminggu.

4. Semasa mencuci muka, urutan wajah adalah ke atas. Boleh tengok contohnya kat sini.

5. Selepas mencuci muka, keringkan  muka anda dengan hanya menekap (tapping) tuala bukannya mengelap muka.

6. Liang roma pada wajah adalah terbuka selepas mencuci wajah. Oleh itu, pakailah toner atau jika tidak mampu gunalah air ais untuk menutupnya. Selepas itu, tepuk-tepuk kulit wajah anda secara lembut untuk membantunya menyerap dengan baik. Toner tidak boleh disapu di bahagian mata tapi firming lotion boleh. Kalau pakai toner, pakai lah eye cream untuk kawasan mata. Oh ye, bagaimana anda pakai toner anda? Dengan kapas ye? Tak perlu pun sebenarnya pakai kapas sebab toner tu hanya adan kat kapas, kulit tak serap pon. Lebih baik pakai terus ke muka. Kalau nak lebih mudah, beli botol spray yang kecil dan masukkan toner anda dalam tu. Mudah dan jimat dan lebih berkesan!

7. Pakai pelembab untuk elakkan kulit dari dehydration. Walaubagaimanapun, jika mempunyai masalah jerawat, tidak digalakkan memakainya sebab boleh menyebabkan liang-liang di muka tersumbat. Kalau nak pakai juga bolehlah dalam kuantiti yang sedikit. Cara untuk memastikannya; ambil satu tisu dan lekapkan di muka setelah menyapu pelembap. Lebihan pelembap teresebut akan melekat di tisu.

8. Jangan sesekali menyentuh muka anda dengan tangan yang kotor untuk mengelakkkan pembiakan bakteria pada kulit wajah. Lepas tu, dapat jerawat la pulak!

9. Set rawatan muka hanya sesuai digunakan dalam tempoh 7 hari sahaja. Jika melebihi tempoh ini, kulit anda akan lebih teruk apabila berhenti menggunakannya.

10. Jika ingin menukar produk yang mempunyai kandungan  kimia yang tinggi kepada jenis produk berkandungan kimia yang tinggi, selangkan selama 7 hari dengan tidak memakai apa-apa produk supaya kulit anda bersedia menerima yang baru.

11. Elakan membeli produk yang mengandungi hydroquinone kerana mengandungi merkuri yang boleh menyebabkan kanser hati dan buah pinggang.Hyroquinone berfungsi sebagai agen pemutihan kulit dengan menghalang reaksi enzim yang menghasilkan melanin. Melanin ialah komponen yang boleh memberi warna kulit. Hyroquinone  boleh menyebabkan masalah kulit iaitu Ochnronosisi; kulit menjadi tebal dan gelap, berbintik-bintik coklat keabuan dan benjolan. Ini adalah disebabkan sel melanin yang telah rosak menyebabkan pigmentasi berlebihan. Berbaloi ke kecantikan sementara selepas tu merana?

12. Elakkan menggunakan produk yang mempuyai SPF melebihi 30. Jika anda memakai pelembab dengan SPF 15 dan ingin memakai bedak juga mengandungi SPF , anda hanya boleh memakai bedak yang mempunyai SPF 15 sahaja.

13. Penghawa dingin menarik kandungan air dalam kulit kita. Oleh itu,  letakkan segelas air jika anda berada di bilik yang berpenghawa dingin untuk mengurangkan kehilangan air dalam kulit. Jika anda bekerja di dalam bilik berpenghawa dingin, bolehlah memakai pelembap yang tebal sedikit.

Ok. Itu sahaja. Mulakan sikit-sikit supaya terbiasa. Istiqamah. Luaran kita jaga, dalaman pulak jangan lupa ye. Moga tips ini dapat dimanfaatkan.

5 komen dari pembaca :

PinQib said...

thanks for sharing =3

sonata anak kancil said...

sangat bagus tips ini...tk. kena bangun lagi awal ni !

F@QIHFIQH said...

Waahh..sangat bagus ni..mohon share :D

mira_nas said...

pinqib:sama-sama

sonata anak kancil: selamat mengamalkannya

F@QIHFIQH: Sila2.. =)

asliner said...

banyak tips..
nak copy untuk simpanan sendiri..
kot2 terlupe..
leh tengok kat dokument balik..hihi

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template