Monday, October 24, 2011

Kartun Nabi Nuh yang menyesatkan kanak-kanak Islam

Kartun mengenai nabi Nuh yang telah disiarkan di *** * telah memaparkan secara musikal kisah pembinaan bahtera sehinggalah tamat bencana banjir tersebut. Di dalam perjalanan cerita,dikisahkan bahawa isteri serta anak-anaknya turut menaiki bahtera tersebut walaupun jelas dalam Al-Quran bukti keingkaran mereka. Apa yang memeranjatkan lagi, animasi ini juga telah dialih suara ke dalam Bahasa Malaysia. Dalam perjalanan, 'Nabi Nuh' tersebut telah berdoa bersama anak-anaknya sambil menyanyi-nyanyi. Akhirnya, bahtera itu berlabuh di atas pokok!

Dah macam Santa dah...
Isterinya... siap tolong check lagi.
Anak-anaknya tolong masukkan semua haiwan ke dalam bahtera.

Al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh dalam 43 ayat dari 28 surah di antaranya surah Nuh dari ayat 1 sehinga 28, juga dalam surah "Hud" ayat 27 sehingga 48 yang mengisahkan dialog Nabi Nuh dengan kaumnya dan perintah pembuatan kapal serta keadaan banjir yang menimpa di atas mereka. Menurut sirah lagi, berlabuhnya bahtera tersebut adalah di atas Bukit Judie.

Walaupun ini hanyalah siaran kartun animasi, namun sedikit sebanyak boleh menggoyah kepercayaan kanak-kanak Islam mengenai Sirah yang telah mereka ketahui dan fahami pengajarannya. Mungkin isu ini nampak mudah, namum menjadi tugas ibu bapa untuk mengawasi apa yang ditonton tidaklah dipercayai dan diikuti bulat-bulat tanpa memeriksanya terlebih dahulu.

1 komen dari pembaca :

PinQib said...

sy rasa saya pernah tgk nii

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template