Thursday, October 27, 2011

Lagi: Tips Kecantikan.

Terima kasih dan selamat mengamalkan tips-tips dalam entry lepas. Mira nak tambah lagi sikit tip yang tertinggal hari tu...Entry hari tu mira tulis apa yang ingat je. Maaf ye~ Kalau tak tulis..tips-tips tu asyik berlegar-legar dalam minda...huhu.

Sambungan tips:

1. Jika anda mempunyai resdung, elakkan pakai bedak kerana debu bedak akan membuat resdung anda bertambah teruk. Bolehlah ganti dengan uv stick je.

2. Jika kulit anda berjerawat,elakkan pakai foundation sebab liang kulit anda akan mudah tersumbat dan menambahkan risiko jerawat. Ada juga yang berpendapat,umur 25 ke atas barulah kulit sesuai untuk pakai foundation.

3. Hujung rambut kita ada minyak. Oleh itu,elakkan terkena pada kulit muka untuk mengurangkan faktor pertumbuhan jerawat. Sebaiknya,ikat rambut sewaktu tidur untuk elakkan rambut terkena muka.

4. Kebanyakan produk dari Thailand mempunyai kepekatan bahan kimia yang tinggi. Oleh itu, berhati-hati memilih produk dengan membaca terlebih dahulu labelnya.



5. Bagaimana nak pastikan produk tu sesuai dengan kita? Sapukan krim tersebut pada belakang telapak tangan,kalau terasa panas atau kulit menjadi kemerahan bermakna produk tersebut mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi dan tak sesuai dengan kulit anda.

6. Banyakkan minum air untuk mengelakkan kehilangan air sekaligus menambah kelembapan semula jadi kulit.

Tu je kot...rasanya dah tak ada lagi yang tertinggal. Selamat beramal~
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 komen dari pembaca :

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template