Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya AIDIL ADHA

4 komen dari pembaca

(kali ni lemang masak sendiri tu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca. Alhamdulillah, kita semua masih sihat untuk menyambut hari kebesaran Islam ini;Aidil Adha. Adakah anda melaksanakan Ibadah korban pada tahun ini? Jika ya, baguslah. Jika tidak pun,cubalah selami kisah cinta dan pengorbanan nabi Ibrahim bersempena dengan hari kebesaran ini. Sanah helwah walbarakah, insyaAllah.


Published with Blogger-droid v2.0

Friday, November 4, 2011

Girls' stuff: Penyangkut Beg Tangan Berbunga.

2 komen dari pembaca
Sesetengah perempuan menganggap beg tangan sebagai pelengkap gaya. Ada juga yang menganggap ia sebagai satu keperluan.Macam-macam barang diletakkan di dalam beg tangan tu.Telefon bimbit dan purse memang dah wajib ada dalam tu. Senang sikit nak dikendong berbanding pegang di tangan sahaja.

Tapi, kadang-kadang rasa rimas juga. Bila nak makan, nak kena pegang pulak beg tangan tu. Jadi, miras srasa mungkin penyangkut beg tangan macam dalam gambar kat bawah ni boleh 'free' kan sekejap tangan tu bila nak makan kan.
Entah kenapa gambar ni tak boleh rotate. Sila sengetkan kepala anda ye.

Penyangkut ini boleh dikemaskan menjadi seolah-oleh kunci mangga apabila ingin disimpan.Macam mana nak guna dan simpan bolehlah tengok video di bawah ni.


Pada belakang bunga ni, permukaanya adalah getah yag memberikan geseran pada permukaan meja.

bukan magnet la....
Barangan ini boleh didapati di Cosway, saya tak jual penyangkut ini. Harganya kalau tak dibeli dengan poin RM17.90 Kalau dibeli dengan poin RM9.90. 

p/s: Ada satu lagi barang yang menarik. Nanti saya post lagi.

Thursday, November 3, 2011

Takkan nak tunggu nazak baru nak menyesal?

6 komen dari pembaca
"Kak, dari muda lagi amalkan makan nasi sehari sekali je", tegas mak sambil melihat anaknya ini terus menyuap nasi ke dalam mulut.

"Tapi, lapo la..", ayatku pendek tapi cukup la nak kata aku tak setuju. "Ye la, makan lah selain dari nasi, roti ke, mee ke, bihun ke."

Bukan sama je ke? Menggerutu persoalan itu di dalam hati. Tetapi, apa yang mak cakap tu berasas juga. Biar mula dari muda. Barulah jadi amalan sampai ke tua. Tengok saja statistik penyakit di Malaysia ni. Semuanya mati gara-gara makanan.

Nabi pun menganjurkan, makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Lagi pulak, banyak makanan sunnah yang dah pun terbukti boleh jaga kesihatan kita contohnya kismis dan kurma. Kalau ye pun susah nak dapat yang original, dah banyak dah dikomersilkan.

Bab nak menjaga pemakanan pun mesti ada ilmu juga. Jangan jadi bodoh sombong dan yakin diri bila ilmu tak sampai penuh sesudu. Buat malu dan susah diri sendiri je.

Aku makan rileks je walaupun tekanan darah aku dah 200, tak mati pun.
Ala... sekarang la kena enjoy makanan ni semua. Nanti bila dah tua besok aku jaga la makan aku.
Aku rajin buat terapi pe, so makan boleh je apa-apa pun. Ubat doktor pun aku dah tinggal sekarang.
Jangan!Jangan buat alasan bukan-bukan kerana nak elakkan diri. Makanan tu semua masuk ke dalam badan atas pilihan kita. Maksudnya, kalau dah dapat penyakit, jangan salahkan makanan tu, salahkan diri sendiri la. Apsal aku membebel bab makan ni? Ye la, kalau dah sakit, beribadat pun dah tak selesa. Apa kerja pun dah tak boleh buat. Biasa la...manusia ni bila susah baru nak menyesal dan ingat kat Tuhan. Tapi, nilailah sendiri tahap iman tu macam mana. Kan? Kan? Kan?

sumber : Google
Jadi, dari sekarang ye readers, carilah tahu bagaimana pemakanan yang sihat dan paling penting halal. Benda-benda remeh macam nilah sebenarnya nak bentuk keatahanan diri. Takkan nak tinggu nazak baru nak menyesal. Kalau setiap individu buat, paling kurang pun tak susah dah le nak kempen untuk jaga kesihatan. Jimat duit~ 

p/s: maaf, tulisan ini mungkin merapu. Semoga bermanfaat. Terima kasih kerana membaca. Jawapan WW : Nasi + Sup Ayam. Perangat sekali, senang~

Wednesday, November 2, 2011

Nasi Periuk.

9 komen dari pembaca


Cuba teka, nasi apakah ini? Hanya orang kreatif je boleh jawab ni.. hehehe.
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template