Thursday, November 3, 2011

Takkan nak tunggu nazak baru nak menyesal?

"Kak, dari muda lagi amalkan makan nasi sehari sekali je", tegas mak sambil melihat anaknya ini terus menyuap nasi ke dalam mulut.

"Tapi, lapo la..", ayatku pendek tapi cukup la nak kata aku tak setuju. "Ye la, makan lah selain dari nasi, roti ke, mee ke, bihun ke."

Bukan sama je ke? Menggerutu persoalan itu di dalam hati. Tetapi, apa yang mak cakap tu berasas juga. Biar mula dari muda. Barulah jadi amalan sampai ke tua. Tengok saja statistik penyakit di Malaysia ni. Semuanya mati gara-gara makanan.

Nabi pun menganjurkan, makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Lagi pulak, banyak makanan sunnah yang dah pun terbukti boleh jaga kesihatan kita contohnya kismis dan kurma. Kalau ye pun susah nak dapat yang original, dah banyak dah dikomersilkan.

Bab nak menjaga pemakanan pun mesti ada ilmu juga. Jangan jadi bodoh sombong dan yakin diri bila ilmu tak sampai penuh sesudu. Buat malu dan susah diri sendiri je.

Aku makan rileks je walaupun tekanan darah aku dah 200, tak mati pun.
Ala... sekarang la kena enjoy makanan ni semua. Nanti bila dah tua besok aku jaga la makan aku.
Aku rajin buat terapi pe, so makan boleh je apa-apa pun. Ubat doktor pun aku dah tinggal sekarang.
Jangan!Jangan buat alasan bukan-bukan kerana nak elakkan diri. Makanan tu semua masuk ke dalam badan atas pilihan kita. Maksudnya, kalau dah dapat penyakit, jangan salahkan makanan tu, salahkan diri sendiri la. Apsal aku membebel bab makan ni? Ye la, kalau dah sakit, beribadat pun dah tak selesa. Apa kerja pun dah tak boleh buat. Biasa la...manusia ni bila susah baru nak menyesal dan ingat kat Tuhan. Tapi, nilailah sendiri tahap iman tu macam mana. Kan? Kan? Kan?

sumber : Google
Jadi, dari sekarang ye readers, carilah tahu bagaimana pemakanan yang sihat dan paling penting halal. Benda-benda remeh macam nilah sebenarnya nak bentuk keatahanan diri. Takkan nak tinggu nazak baru nak menyesal. Kalau setiap individu buat, paling kurang pun tak susah dah le nak kempen untuk jaga kesihatan. Jimat duit~ 

p/s: maaf, tulisan ini mungkin merapu. Semoga bermanfaat. Terima kasih kerana membaca. Jawapan WW : Nasi + Sup Ayam. Perangat sekali, senang~

6 komen dari pembaca :

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

timakaseh for the info :)

mira_nas said...

info apa?

asliner said...

hehe..
samelah kite..
kite makan banyak jugak..
tapi alhamdulillah badan tidak mengalami masalah kegemukan..
tapi tahu itu bukan ukuran bahawa kite nie sihat..
jadi pengajarannya..
buatlah macam ibu kak mira cakap..
kene didik diri makan bersederhana masa muda2..hihi

Odah + One = OdahOne said...

fikir dulu sebelum mkn & fikir dulu sebelum buang...hoho...mkn utk hidup sihat bkn hidup utk mkn...kalo idup utk mkn tu yg bdn jd boroi@boyak & xsihat kan???

Fyqa said...

mkan mkanan yg seimbang (:

Finaz Jaafar said...

skrg tgh berusaha nak diet..hoho

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template