Saturday, December 31, 2011

Finally it's my birthday,today!

4 komen dari pembaca

31/12, jam 9.48 pagi pada 22 tahun dahulu merupakan tarikh saya dilahirkan.


Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk saya hidup sehingga ke saat ini. Syukur kepadaNya kerana aku hidup dengan bahagia dengan kasih sayang mak,ayah,adik2, keluarga dan sahabat di sekeliling.

Moga bertambah umur,bertambah lagi barakah dalam hidup ini.


Terima kasih buat kawan2 yang wish birthday saya. :-D


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, December 28, 2011

Tuesday, December 27, 2011

Tahniah Razmin.

0 komen dari pembaca

Walaupun agak terlambat tapi akak nak ucapkan tahniah atas kejayaan

Razmin iaitu 8A dalam PMR.


Walaupun keluarga Razmin bukanlah seperti orang lain, semangat Razmin amat kakak sanjungi.


Semoga berjaya pada langkah hidupmu yang  seterusnya. Kami yang melihat sentiasa cuba memberi sokongan dan dorongan.


Published with Blogger-droid v2.0.2

HOWTOFIX: Semua icon di dekstop sama!

1 komen dari pembaca
Memang gelabah dibuatnya bila semua program dalam desktop hanya boleh dibuka melalui satu program je. Contohnya, semuanya buka guna winamp atau windows media player. Jenuh! Anti virus yang dibeli pun tak mampu nak setel masalah ini.

Taip la macam-macam keyword dan Alhamdulillah, saya terjumpa satu link blog yang bagi panduan untuk selesaikan masalah ini. Tapi, blog ini dalam bahasa Indonesia. Berbelit juga nak faham.Jadi, saya cuba terangkan secara ringkas apa yang saya dah buat.

1. Start > run. Dialog box akan muncul dan isikan dalam field perkataan regedit.

ATAU
Search regedit. Klik yes jika dialog box mengenainya pop-up.

2.  Masuk ke HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Explorer \ FileExts \ .exe

3. Delete kesemua folder di bawah FileExts.


4. Kesemua icon akan pulih. Jika tidak ia mungkin kerana anda mempunyai lebih dari satu user. Ulangi langkah yang bagi akaun yang lain jika akaun tersebut mempunyai masalah yang sama.

Warnig: Follow at your own risk.Setakat ini, yang itu sahaja ilmu yang dapat saya kongsi. Lepas dah buat semua ni, run full scan ye. Takut-takut ada virus lain pulak.

Saturday, December 24, 2011

Kuih manja memikat hati

4 komen dari pembaca

Pasar malam di Sg Tapah terasa hambar. Mungkin kerana pembangunan Mydin yang sedang dijalankan, jadi tak ramai yg berjual beli. Ke memang selalunya tak meriah? Entah. Tak selalu pergi.


Mungkin istimewa sikit sebab banyak pilihan buah-buahan. Durian Gopeng selonggok dibeli dengan kesempatan ini. Tapi,apa yang menarik ialah sejenis kuih yang diberi nama kuih manja. Mungkin anda dah pernah makan kuih ni,kan? Apa yang manjanya? Entahlah. Hati asyik terpanggil untuk merasa. Jadi,dua keping not biru dikeluarkan dari dompet mak. Ala, 5 biji RM 1 je,belanja la ye,mak~

Ada dua jenis inti rupanya. Kaya dan kelapa.


Bila dirasa,memang manja gitu. Macam apam bubuh kaya atau kelapa. Sedap sungguh. Kalau anda nak,mai le ke pasar malam Sg. Tapah. Saya tak nak pos!


P/s: Itu la 'power'nya kata adjektif. Peniaga harus bijak menggunakannya. Pesan pengguna bijak ni~


Published with Blogger-droid v2.0.2
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template