Tuesday, December 27, 2011

HOWTOFIX: Semua icon di dekstop sama!

Memang gelabah dibuatnya bila semua program dalam desktop hanya boleh dibuka melalui satu program je. Contohnya, semuanya buka guna winamp atau windows media player. Jenuh! Anti virus yang dibeli pun tak mampu nak setel masalah ini.

Taip la macam-macam keyword dan Alhamdulillah, saya terjumpa satu link blog yang bagi panduan untuk selesaikan masalah ini. Tapi, blog ini dalam bahasa Indonesia. Berbelit juga nak faham.Jadi, saya cuba terangkan secara ringkas apa yang saya dah buat.

1. Start > run. Dialog box akan muncul dan isikan dalam field perkataan regedit.

ATAU
Search regedit. Klik yes jika dialog box mengenainya pop-up.

2.  Masuk ke HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Explorer \ FileExts \ .exe

3. Delete kesemua folder di bawah FileExts.


4. Kesemua icon akan pulih. Jika tidak ia mungkin kerana anda mempunyai lebih dari satu user. Ulangi langkah yang bagi akaun yang lain jika akaun tersebut mempunyai masalah yang sama.

Warnig: Follow at your own risk.Setakat ini, yang itu sahaja ilmu yang dapat saya kongsi. Lepas dah buat semua ni, run full scan ye. Takut-takut ada virus lain pulak.

1 komen dari pembaca :

uyaitusaya said...

lorh penah jadi jugak....:( bawak kedai dy kate kena virus terus dy format..mlayang rm30..sedey sbb diri ni amat jahil mende2 alah cenggini..

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template