Sunday, December 9, 2012

Kerabu Rambutan

4 komen dari pembaca
Mungkin sebab hari tu puasa dan memang banyak rambutan, terfikir pulak nak cari di internet kalau-kalau ada resepi ini. Akhirnya jumpa juga di sini. Bahan-bahan tak susah dah sebab banyak yang ada di rumah. Tak la susah mana pun.


Bahan-bahan : 

1. 15-20 biji rambutan dipotong-potong
2. 4 ekor sotong kecil di goreng garing
3. 1 biji bawang besar dipotong dadu
4. Daun ketumbar secukup rasa diracik halus
5. Cili padi secukup rasa dan dipotong kecil
6. 200gm kacang tanah dipanggang dan ditumbuk
 7. Garam secukup rasa - tambahan je la (ada olah sikit resepi ini waktu buat kerabu ni tempoh hari)

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan didalam mangkuk
2. Sedia untuk dihidangkan.
Sotong kami dah gantikan dengan udang. Kalau tak, ada pulak di rumah ini yang tercabut hidung sebab sotong kan memang 'kaw' kalau bab resdung ni. Bahan-bahan tu pun sebenarnya kuantitinya pun main bedal je. Bubuhlah ikut kesukaan masing-masing. Hasil yang dah dibuat adalah seperti di bawah.

Sedap!
Memang sedap! Kalau dah rasa bosan boleh la cuba. Mak saya pun tak perasan kalau mak mertua beliau lalu di depan bila tengah makan kerabu ni. Muahahaha. Maaf mak, saya kan belum ada mak mertua. Guna mak punya pun jadi la kan ..Oh ye, selamat mencuba. (cececece.. dah macam chef pulak dah).

p/s:dah cuba nak buat travelog balik kampung di Indonesia tempoh hari, dalam proses la ye. (ehehe. padahal sepatah pun belum mula lagi)

Friday, November 2, 2012

3 F's in life

0 komen dari pembaca
Here it comes. The test from Him. Deep down I fell like wanna cry. But my eyes just dried. It's me getting stronger or else...Well, thanks for that, guys. I can have a pause in my life though to think. Through this life.. i learn that there is 3Fs' around me.

Friends.
Only loners live without them. Maybe the outcasts too.
As the saying goes:

 You can make more friends in two months by becoming more interested in other people than you can in two years by trying to get people interested in you 

 Dale Carnegie quotes  

Yes. They are easy to find. They are around you. It just take one similar point to be a friend to someone. 
You need someone so you feel stronger. You need someone to lean on. Creating beautiful memories together. Having meals. Well, that's what friends for, ha? Yeah~ Just one thing. TRUE friends are really hard to get. As being the TRUE friend for someone is hard, too. Even one. For me, this friend 'thingie' is frail. As one point could turn your friends to another F. Foe.

Saturday, October 13, 2012

Sekolah bayangan

2 komen dari pembaca
Semester hadapan akan bermula tak lama lagi. Maksudnya, cabaran lebih besar menanti. Ok. Sudah tahu sekolah mana nak menumpahkan keringat dan timba ilmu pengetahuan. Jauh di suduh hati rasa macam tak keruan. Takut-takut tak mampu nak laksanakan yang terbaik.

Sekolahku~
Perjalanan ambil masa 30 minit. Lama juga tu. Harap-harapnya bangun awal setiap hari. Doakan saya dan partner yang terbaik. Ameen. Moga cemerlang, gemilang dan terbilang. Ahaks!

Tuesday, October 9, 2012

Oh MY English. Berkarat sudah~

1 komen dari pembaca
Assalamualaikum semua.
Lama sangat dah tak menulis di blog ni. Rasa kekok pulak.

Tengok.. haaa, nak mula ayat pun rasa macam setengah jam kena fikir. Kadang-kadang rasa macam terfikir, nak padam ke tak blog ni. However, this blog did save me when I was doing a task. I did post about subtitle workshop and I realized then that I put it in here. Nasib baik la tak delete lagi blog ni.

Ha.. memang tengah buang tebiat dok cakap English ni. Mana taknya.. tadi pergi lawatan penanda aras di sekolah antarabangsa. Memang kena speaking la.

Mula-mula memang pening nak mulakan perbualan. Lepas dapat je mulakan perbualan, barulah lega. Memang rasa macam jadi 'dummy' balik bila nak cakap. Haha.. nak buat macam mana. Tak ada persekitaran pun yang perlukan cakap dalam bahasa Inggeris. Memang berkarat la..

I did take some pictures with the students. Nanti kalau dah dimuat naik boleh la nak show off.. huhu.. =P

Monday, June 25, 2012

Working under stress

0 komen dari pembaca
All people cannot smile under stress. Including myself. However, when we are accustomed to it and really bear with it, InsyaAllah, we'll have easier days onwards.

Friday, January 27, 2012

Cerita elaun.

3 komen dari pembaca
Saya budak IPG. Ya, saya dapat elaun sepanjang pengajian saya. Alhamdulillah. Nampaknya saya belum berjaya lagi simpan duit lebih dari RM100 bagi satu semester. Tapi saya berjaya mengahabiskan sejumlah wang yang diperuntukkan itu sebelum setiap semester habis setakat ini. Itu yang pasti.

Entah la, ada duit susah. Takde duit lagi susah. Cuma, bila ada duit, macam-macam nampak yang kurang nak dibeli. Belum campur tuntutan semasa ni.  Nak salahkan naluri keperempuanan ke nafsu ni? Aih. Pening.

Ini satu hal lagi. Sebelum habis belajar ni kononnya nak nikah dah. Tapi, kalau takda duit macam mana kan. Calon pun takde sebenarnya. Yang bolehnya sekarang ni nyanyi lagu je la.

....Duit tak ada... Tapi hati mahu kawen~
 Hal kereta pun boleh bayar RM600 je. Itu pun nak minta ayah tambahkan 0 kat belakangnya. Mungkin kena pergi menuntut ilmu pengurusan kewangan dan pengurusan nafsu duit pulak lepas ni.
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template