Friday, January 27, 2012

Cerita elaun.

3 komen dari pembaca
Saya budak IPG. Ya, saya dapat elaun sepanjang pengajian saya. Alhamdulillah. Nampaknya saya belum berjaya lagi simpan duit lebih dari RM100 bagi satu semester. Tapi saya berjaya mengahabiskan sejumlah wang yang diperuntukkan itu sebelum setiap semester habis setakat ini. Itu yang pasti.

Entah la, ada duit susah. Takde duit lagi susah. Cuma, bila ada duit, macam-macam nampak yang kurang nak dibeli. Belum campur tuntutan semasa ni.  Nak salahkan naluri keperempuanan ke nafsu ni? Aih. Pening.

Ini satu hal lagi. Sebelum habis belajar ni kononnya nak nikah dah. Tapi, kalau takda duit macam mana kan. Calon pun takde sebenarnya. Yang bolehnya sekarang ni nyanyi lagu je la.

....Duit tak ada... Tapi hati mahu kawen~
 Hal kereta pun boleh bayar RM600 je. Itu pun nak minta ayah tambahkan 0 kat belakangnya. Mungkin kena pergi menuntut ilmu pengurusan kewangan dan pengurusan nafsu duit pulak lepas ni.
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template