Sunday, December 9, 2012

Kerabu Rambutan

Mungkin sebab hari tu puasa dan memang banyak rambutan, terfikir pulak nak cari di internet kalau-kalau ada resepi ini. Akhirnya jumpa juga di sini. Bahan-bahan tak susah dah sebab banyak yang ada di rumah. Tak la susah mana pun.


Bahan-bahan : 

1. 15-20 biji rambutan dipotong-potong
2. 4 ekor sotong kecil di goreng garing
3. 1 biji bawang besar dipotong dadu
4. Daun ketumbar secukup rasa diracik halus
5. Cili padi secukup rasa dan dipotong kecil
6. 200gm kacang tanah dipanggang dan ditumbuk
 7. Garam secukup rasa - tambahan je la (ada olah sikit resepi ini waktu buat kerabu ni tempoh hari)

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan didalam mangkuk
2. Sedia untuk dihidangkan.
Sotong kami dah gantikan dengan udang. Kalau tak, ada pulak di rumah ini yang tercabut hidung sebab sotong kan memang 'kaw' kalau bab resdung ni. Bahan-bahan tu pun sebenarnya kuantitinya pun main bedal je. Bubuhlah ikut kesukaan masing-masing. Hasil yang dah dibuat adalah seperti di bawah.

Sedap!
Memang sedap! Kalau dah rasa bosan boleh la cuba. Mak saya pun tak perasan kalau mak mertua beliau lalu di depan bila tengah makan kerabu ni. Muahahaha. Maaf mak, saya kan belum ada mak mertua. Guna mak punya pun jadi la kan ..Oh ye, selamat mencuba. (cececece.. dah macam chef pulak dah).

p/s:dah cuba nak buat travelog balik kampung di Indonesia tempoh hari, dalam proses la ye. (ehehe. padahal sepatah pun belum mula lagi)

4 komen dari pembaca :

mamma mia said...

rambutan pun boleh buat kerabu ker?? xpenah dengar pulak tuh..

mira_nas said...

haah.. boleh.. sedap. rasa manis, masam semua cukup, try la,. tapi rambutan tu kupas dan basuh sikit, kan ada mcm air2 rambutan tu..

mamma mia said...

kena try la..tp kena amek rambutan kt manjoi jer..kt kl xsedap..hehehe

mira_nas said...

huuhuhu.. buat.. jangan tak buat~

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template