Friday, November 29, 2013

Letaklah garisan wahai muslimah

1 komen dari pembaca
Siapa tidak senang dengan persona yang 'mesra alam'?
Ceria sahaja sambil senyum dan tawa menghiasi bibir.
Hati yang gundah beransur tenang bila bertemu insan seperti ini.
TETAPI, coretan ini mahu kusampaikan buat teman terutamanya muslimah sepertiku.
Cukup muslimahkah aku?
Soal itu ketepikan dahulu. Lihat apa yang kubicarakan, jangan lihat diriku.
Aku hanya insan biasa yang serendah-rendah iman hanya mampu mencoret nukilan ini untuk tatapan kalian.

Wahai muslimah,
tahukah kau,
senyum dan tawamu
lenggok bahasamu
nada suaramu
gemalai tubuhmu
merupakan senjata...
senjata yang bisa menambat hati lelaki agar tertawan
membuat sang jejaka membina fantasi di fikirannya
seolah-olah sentiasa bahagia di sampingmu.
Sehingga kau juga mendapat dosa
akibat timbulnya zina mata
yang akhirnya menjadi zina hati.

Wahai muslimah,
letaklah garisan
dengan Imanmu
jika dia bukan mahrammu
tegaskan suaramu
atur tegak tubuhmu
biar si jejaka tahu
kau bukan muslimah 'murah'
yang mudah dirapati
mudah dicuri hati.

Wahai muslimah,
aku tahu kau tahu siapa dirimu,
kita cuma hamba Allah
yang selalu mendambakan cintaNya
dan segala kasih sayangnya

Oleh itu
wahai muslimah,
jika matlamat kita sama,
ke arah cinta sang Pencipta
ayuh berkayuh dan terus istiqamah
letak garisan Iman
dalam pergaulan.
Kerana...
sudahpun tinta cintaNya dititipkan pada kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.


Friday, November 22, 2013

Berhati-hati atau diam saja.

0 komen dari pembaca

Kata-kata yang keluar dari bibir kadang-kadang tidak difikirkan dek akal yang waras semasa menuturkannnya. Ya, kita terkadang tidak tahan melihat ketidakadilan di depan mata. Mulut terasa harus melontarkannya untuk renungan si pelaku. Namun, akal tidak sempat memikirkan samada tindakan itu tersentuh dek hati atau hanya  melukakannya.

Kita tidak tahu cerita sebenar orang-orang itu. Kita memang tidak tahu. Apa yang tidak adil di mata kita mungkin itulah yang terbaik di mata mereka. Jadi, bagaimana?

Syaratnya cuma satu. Selagi tidak melanggar syarak biarkan saja. Diam. Doakan yang baik- baik. Moga terpantul doa itu kembali pada kita.

When speak is silver, silence is golden.

Monday, November 4, 2013

Alhamdulillah. Dah siap berjilid.

0 komen dari pembaca

Alhamdulillah. Syukur sangat dah siap berjilid thesis ni. Tinggal exam je lagi 3 paper lepas ni. Doakan saya ye.

My view -Royal by Lorde

0 komen dari pembaca
Akhir-akhir ini dok layan lagu ini.


 

Yela, walaupun bila dengar lirik macam tak kena dan kadang tak tercapai dek akal aku, tapi aku macam terfikir beberapa perkara disebabkan dengar lagu ni terutamanya chorus.


[Chorus]
And we'll never be royals
It don't run in our blood
That kind of luxe just ain't for us
We crave a different kind of buzz
Let me be your ruler (ruler), you can call me Queen Bee
And baby I'll rule (I'll rule I'll rule I'll rule...)
Let me live that fantasy

dan dua lagi line lirik yang aku boleh makes sense dengan reality....

And everyone who knows us knows
That we're fine with this, we didn't come from money

Entah. Lagu ini buat aku rasa cukuplah dengan apa yang aku ada. 
Memang takkan jadi macam Raja atau orang kaya yang boleh buat sesuka hati mereka.


Sunday, November 3, 2013

Iklan yang bukan-bukan.

2 komen dari pembaca
Maaf, kalau masuk blog saya sebelum ni ada iklan yang bukan-bukan. Stress juga nak cari puncanya. Yelah, tak sedap mata ni memandang.

Entah apa-apa je iklannya yang sebelah kiri tu.
Godek punya godek, rupanya shoutbox tu punya pasal. Ganti lain saja. Alhamdulillah dapat remove dah iklan merapu tu.

Dah clear dah.
Alhamdulillah. Dah clear pun. Kalau x ok lagi tak tahu lah.

Baca post saya tentang cinta sebelum ini di LOVE.

Love

0 komen dari pembaca
Love
Something unreal
Something uncomprehending
Something unexpected
Something that rolling in my head...
Lately.

I ask myself
What is love
What does it mean to love someone
Does the love I ever feel even the true love?

Do love really make your heart pounds?
Do love really make you always think about the person?
Do love that I ever feel is the true love?
I don't know what is love anymore.

My heart feels empty.
As the emptiness really call me...
To ask myself again about LOVE.

Wednesday, September 25, 2013

The last steps.

0 komen dari pembaca
These last steps feel heavy.
Not really motivated.
However, the finishing line keeps calling me.
Thus, I said to myself when my spirit fading away...
YOU CAN DO IT.

Tuesday, July 16, 2013

I'd rather not say

0 komen dari pembaca

Please, don't ever ask

'When you'll get married'

Yeah, I know I'm 24. But, I have no boyfriend though. I mean in terms of being someone for future. I got scared of my past. I scared that if I love someone could he be the one that my parents hope for?

My wali doesn't say anything though about this. So, what do I expect?

Just keep calm and relax. Kalau dah jodoh, tak kan ke mana.

Saturday, May 11, 2013

I love you, Mak!

1 komen dari pembaca

I don't agree that we have to wait for this day to come across every year. So, this exactly what I want to say to my mum.

Thursday, April 11, 2013

Tired

1 komen dari pembaca

I'm tired. Exhausted. Not spirited
Ya Allah..please help me to through this despair.

Wednesday, March 27, 2013

Si comel

0 komen dari pembaca

     Entah kenapa tiba-tiba adik lelaki mira nak bela kucing. Mungkin sebab waktu kami kecil, mak halang kami bela. Lagipun, ada adik yang lelah.

   Tabiat kucing ni menarik juga. Kalau tuanng tengah study di meja,mesti dia datang dan panjat untuk duduk di sebelah.

Tadi pulak,dia datang sebelah mira. Panjat dan duduk atas buku. Geram pulak tiba-tiba dia cuba gigit skrin laptop ni. Huhu..nasib baik awak comel.

Tuesday, March 26, 2013

QR Droid

0 komen dari pembaca
QR droid for my blog.
Generated it at http://qrcode.kaywa.com


=) Thanks for keep reading my post.

Monday, March 25, 2013

Saya tak la 'desperate'.

2 komen dari pembaca

Susah hati.
Tak la susah pun sebenarnya. Tapi susah la jugak. Mak dah asyik cakap pasal perkahwinan.
Saya pulak asyik mengeluh bila dengar pasal ini. Terpaksa la ulang frasa ini. "Ada orang...ada duit, jalan!" Er..bukan la jalan-jalan. Kahwin. Tu baru di rumah. Belum di sekolah. Lagi tak larat nak jawab.

TT

'Tuhan tolong nyatakanlah
Tentang cinta
Adakah diri ini diperlukan?'

Tuesday, February 19, 2013

Cipta komik sendiri.

5 komen dari pembaca
Teringin nak lukis tapi lukisan macam tak berapa nak jadi. Nak buat komik lagi la tak ada idea nak susun panel macam mana.
Alhamdulillah dah terjumpa laman sesawang yang boleh bantu.


Saya dah cuba jaya, jadi inilah hasilnya.

Ciri-ciri biji benih dan buah mengikut agen pencarannya.

Boleh lah, cuba sendiri ya.

Friday, February 15, 2013

Hate kills

0 komen dari pembaca
Note at my desktop.
Hate does make us stress and heart throbbing. This way I can counter it back!

Thursday, February 14, 2013

Foot Detox Patch VS Terapi Ion

1 komen dari pembaca
      Bismillah. Sebelum nak meneruskan post ini, ingin saya buat beberapa penafian. Saya hanya menulis entry ini berdasarkan pengalaman saya. Ini bukanlah entry advertorial.

Detox Foot Patch
Terapi ion



           VS



     

       Sebelum saya mulakan banding beza kedua-dua produk ni, saya nak tekankan yang fungsi utama kedua-dua produk ini adalah sama sahaja iaitu, nyahtoksin.

       Pertama, kos. Kalau dibandingkan kos. Memang detox patch lagi murah untuk sekali pakai berbanding terapi ion. Kalau dah rasa macam 'bloated up' lepas makan malam-malam tu, yang lebih sesuai detox foot patch la. Waktu tidur boleh nyahtoksin.

      Kedua, keberkesanan. Detox Foot Patch ni saya selalau pakai bila rasa macam resdung makin teruk dan rasa lenguh-lenguh badan lepas seharian di luar. Saya kerap pakai di bahu dan tapak kaki. Sebenarnya, ada trick kalau nak pakai jenis patch ni. Pakai pada bahagian depan, dekat dengan jari, bukan di tengah-tengah tapak kaki. Sebabnya, kalau kaki melengkung, patch tu tak akan dapat tarik toksin dalam badan.

      Kalau terapi ion pula boleh rasa badan lebih ringan lepas terapi kedua. Rawatan ini disyorkan buat sebanyak 12 kali. Seminggu pertama tiga kali, yang seterusnya sebulan sekali dah la. Saya pernah cuba Terapi Ion Al-falah tapi terpaksa berhenti sebab jauh sangat dari rumah. Sekarang, saya sambung rawatan ini dengan Terapi Ion Detox Safena yang dekat je dengan rumah, siap boleh jalan kaki lagi. Huhu. Rawatan ini best sebab apa yang keluar dari kaki kita boleh tahu toksin dari mana yang keluar.

      Apa pasal saya asyik suka nyahtoksin? Err, senang cerita la, saya tengah usaha nak turunkan berat kepada yang lebih ideal. Hehe. Saya dah tak sembelit lagi.

Wednesday, February 13, 2013

Kamera baruku!

4 komen dari pembaca
Harap-harap bertahan lebih lama dari kamera sebelum ini. Rasa macam laju je keluar duit elaun ni sebab beli barang-barang elektronik macam ni. Huhu, nak buat macam mana. Dah memang keperluan.

Feature yang macam best adalah 'panaroma' dan 'smile detection'.

Harganya boleh tahan la. Kalau nak yang murah sangat pun nanti lagi cepat meragamnya. Huhu. Ok, nak explore lagi pasal kamera ni.

Tuesday, February 12, 2013

Duit oh duit!

0 komen dari pembaca

Ini adalah cek ketiga dari churpchurp. Saya tak rajin sangat tapi dapat jugak lah hasilnya. Tak susah pun nak dapat side income macam ni. Kalau ada twitter, blog atau facebook dan cukup. Jom, join saya di churpchurp. =)

Wednesday, February 6, 2013

Confront and drive.

1 komen dari pembaca
Sorry for keep posting in English. I think I can express myself more in a 'proper' way. I'm afraid I end up cursing as I'm starting to speak vulgar word recently, hopefully this won't happen again. I'm confronting myself about the stress that I got. I've tried to suppress and heal it.

However, it uncontrollable when I'm driving. I know it's dangerous. But I feel that I can vent my anger while driving. My hand get shaky yet I feel nothing.

Now, I'm homesick. I want to leave these restless days.
(cr to Google)
P/s: Writing in this blog is a therapy for me. Please bear. Or. You may leave. =).

Monday, February 4, 2013

Urus kerja elak stress.

0 komen dari pembaca
       Serabut rasanya kalau kerja makin banyak dan tak siap-siap. Kalau tak urus rasa macam sakit urat nak uruskan semuanya. Mula la rasa tak boleh tidur kerana nak siapkan tugasan.

       Tertarik rasanya apabila terbaca status Raja Kamil di Facebook.
(credit: Raja Kamil)
     That's really brilliant. Harapnya boleh latih diri untuk laksanakan perkara ini.

You look good.

0 komen dari pembaca


This is one material that I listen to these days. How I wish I can tell this in front of him. I forgive him even he curse me because I know he was not in his right mind at that moment. It was my fault adding oil to a fire. Well, thanks to that incident, I knew you've got a girl beside you. Just take care of her and live your own life. Don't come to me cursing and blaming that you're not happy. I don't treat your love is mine anymore.

I am me and not yours to toss around. Even I have no one beside me, I have HIM who always listen to me. I'm positive and will always be.

But if you come again. I'll never open the door for you. Even you are part of my past, yet you leave scars. That time, I won't forgive you as you hurt me twice.

P/s: How I wish this song is available for girl version.

Saturday, February 2, 2013

Saya perlukan teropong!

2 komen dari pembaca
Nak ingat nama lebih kurang 120 orang murid. Pergh!!! Tak tahu la bila boleh ingat. Nak atau tidak terpaksa la konon-konon tahu nama diorang. Kan diorang ada pakai  tag nama jenis kain tu. Itu je la harapan nak tahu nama diorang.Tapi masalahnya yang duduk bahagian belakang mana la nak nampak sangat.  Tak pe lah, senarai nama ada.

Sebenarnya mira ni rabun. Tapi cermin mata dah hilang dekan stesen bas. Entah la ke mana. Elaun pun tak masuk lagi kalau nak pergi beli pun. Kanta pembesar, boleh?
Tengah nak cari cara macam mana la nak ingat 120 orang ni.... huhu.

Wednesday, January 30, 2013

Defeated

3 komen dari pembaca
Having mental breakdown today after meeting 36 of nine years old children. Yes, I'm defeated today but I won't let you guys win on me next time.


Any subject won't be interesting if it's in last period.

Got tho find some new strategies.

Monday, January 28, 2013

Challenge Accepted.

2 komen dari pembaca
Assalamualaikum, hectic today again. Even I just got half an hour to prepare. However, some trivial things make me busy. Some things may make me upset and annoyed but yet I've been trying to chill down.
Even though I want to sleep but some more works are pilling up waiting for me to get it done. Yes, I admit even we can work under stress, but sometimes, our body just don't permit it.

So, how? Maybe I have to manage my time wisely.However, whenever I feel'in like broken, please lend me your shoulder.
Some solution to manage your stress, (credit: Google Search)
From this picture, I like the points that we have to change how we see and react to stress.

# Challenge accepted - 7 lesson plans per week. Phew~

Sunday, January 27, 2013

Menang hadiah dari Caera! Alhamdulillah.

4 komen dari pembaca
Thump! Rasa terkejut kot bila tengok emel saya menang Giveaway dari  Caera. Alhamdulillah, ada juga rezeki. Tq Caera.


Hadiah yang telah dimenangi. Baju ye, bukan orang, huhu.
Heeeeee, excited!

Thursday, January 24, 2013

Giveaway oleh Kuazue

3 komen dari pembaca
Jom join GA.. syarat senang je.Boleh klik pada gambar di bawah untuk tahu syarat-syaratnya.


Semoga berjaya~.

Nasi Ayam Minyak Cina (Nasi Ayam Versi Thai)

8 komen dari pembaca
Assalamualaikum. Semua sihat? Dah berselawat untuk Rasullullah hari ini? Nak teruskan berselawat ke tak?Kalau nak, bagus!

Dah lama minta pada mak resepi ni nak post di blog. Kami belajar resepi ni semasa pergi rumah tok saudara di Thailand. Setakat ini dah dua kali masak nasi ayam ni. Mudah je. Sedap pulak tu. Sejam dah boleh siap. Ok, untuk tempt air liur anda, saya letak gambarnya di bawah~





Wednesday, January 23, 2013

Setting Mind Optimistically

1 komen dari pembaca
    Gotcha! I got the timetable. If I need just a word to describe it, I'll say.... 'Hurmmm'.  It's gonna be a though phase, unpredictable,stressful but hopefully will be fill with joy too.

    This is the beginning of my career,so , I can't give up. I have a long way to go. I have to learn much more about my career. I have to be optimist. So that I can bear all this workload and I can do my best. I must remember that all things happen as I'm capable tu endure and in the end I'll become stronger.
 
     Guys, please remind me if I'm drifting away. I bet I can't go through all of this alone. You and me know that's what friends for.Anyway, let's keep the spirit up!

Add me on Google+

0 komen dari pembaca
If I'm using wifi campus, I can't access my facebook and twitter account. So please let me in your cirlce so we can get connected. Just click on the image to add me on Google+. I'm sure this new SNS interface is quite interesting.
Well, see you there~

Alhamdullillah, I'm alive again.

0 komen dari pembaca
      The third day in school. My excitement of getting the timetable is growing bigger. Yeah, my life after this could be stressful or could be joyful. Well, depends on me though.

      I woke up late yesterday as I'm not in the pink of health again. Today, I made it on time. Glad that I've learnt a route that I can take in the morning as traffic could go like crazy and if faulty could lead to accident. For these past three days, I've been asking another route so I can make some choice while driving. Thanks to teachers that help me whenever I need it.

      Anyway, my eye sore is getting better. Hopefully, nothing bad could happen to my right eye. They are so precious for me. Maybe, this is tazkirah and kafarah  for me to make me remember Him. Ya Allah, please forgive my foolishness. Alhamdullillah, He didn't make me go blind.

     Wishing all of you will stay healthy. I got to do my work now. That's all from me. See you for next post.

Cuci mata dengan detergen

2 komen dari pembaca
Plup! Bunyi buih detergen terbang menuju ke mata. Secara automatik, mata dah terpejam, tapi bahan kimia tersebut merebak dan terus menyerang bebola mata. Secepat itu juga mira terus mencari air untuk dilalukan pada mata ini. Pedih, merah dan terasa membengkak. Memang sakit, tapi terpaksa la tahan, dah tak ada cara lain selain lalukan air pada mata.

Sabun yang mira gunakan tu sabun cecair. Alkisahnya, sewaktu meletakkan botolnya ke bawah sebab nak tuangkan sabun dalam cawan ke dalam mesin, buih tu terhasil dan terbang 'tup' terkena mata. Huhu, tak tahan pakai sabun serbuk sebab dok masuk hidung. Sabun cecair ini pula risikonya. Kawan-kawan semua, hati-hati ye. Sakit ooo cuci mata dengan detergen ni.

Takpelah, tak kisah dah. Esok nak balik rumah. Jumpa mak, ayah dan adik-adik. Seronoknya~.

Tuesday, January 22, 2013

Caera First Giveaway

6 komen dari pembaca
Join Giveaway lagi, kali ini dari Caera pula. Siapa nak join boleh klik pada banner di bawah.~


Saya paling nak hadiah dari Le Petite. Vitamin A witha single pack trial pack of Saphora propolis handmade eye mask. Really need something like this. Kawan-kawan, jom join sebelum:

25/1/2013


Monday, January 21, 2013

Blogging obsesi yang dapat kurangkan tekanan.

2 komen dari pembaca
Siapa yang tak tertekan kalau banyak tuntutan kerja nak disiapkan. Jadi, saluran saya sendiri untuk lepaskan tekanan adalah salah satunya dengan blogging. Mungkin apa yang saya tulis ni tak penting pun, sebab tu lah awal-awal lagi saya tulis 'This is just a personal blog of A.I.N.L.H'. Blogging ni sebagai terapi juga lah dan sambil-sambil tu boleh tambah ilmu. Kadang-kadang tak tulis pun masalah tapi dok update  benda lain. Tu pun rasa beban terangkat juga.

Saya tahu ada yang pertikaikan penulisan blog ni. Kalau terlalu personal mungkin tak sesuai nak cerita di sini. Jadi, pandai-pandai lah kawal diri. Huhu..

Share the happiness, it will double.Share the pain, it will lessen.
Apa-apa pun dari sekarang kena stay positive  sebab banyak benda baru nak kena belajar. Mungkin bila dah mula sibuk akan jarak sikit update,  tapi saya akan luangkan gak paling kurang sepuluh minit ke kan,untuk jelajah territory ini. Anda pula macam mana? Blogging sebagai hobi atau hanya suka? Mungkin berniaga?

 

Hari pertama praktikum!

8 komen dari pembaca
Hari ini hari pertama praktikum. Maka, tidur semalam memang rasa tak lena dek debaran nak pergi ke sekolah pula. Takut terlewat bangun la, takut pula tak dapat nak sesuaikan diri. Macam-macam fikir. Selepas berbincang dengan PK 1,  kami masih tak pasti lagi kena hadir sesi pagi atau petang. Jadual pun memang baru nak atur. KSSR dan KBSR akan digabungkan sekali.

Huhu, maka, kami jejak pula bilik guru. Tanya-tanyalah sendiri mana tempat yang boleh kami tumpang. Akhirnya ada jugalah kerusi dan meja yang kami dapat gunakan buat sementara waktu. Banyak kerja terasa nak buat, tapi tak tahu nak mula dari mana. Sudahnya, hari ini cuma ganti kelas sahaja, tahun tiga. Moga-moga Allah permudahkan urusan kami di sini. Ameen.

Rajin? Hee.. tak pun, tulis refleksi je.

Sunday, January 20, 2013

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

9 komen dari pembaca


Untuk maklumat lanjut dan kalau nak join boleh klik pada banner di atas.
Tarikh tutup ialah pada 30/ Januari 2013, Rabu Jam 11.59 malam.  =)

Cari masalah la pulak.

0 komen dari pembaca
Esok dah mula praktikum fasa ke-tiga. Tiga bulan tu. Nasib baik sekolah dekat je. Cuma 15 minit perjalanan ke SK Bandar Baru Sg Lalang dari kampus.Hmmmm..... Cabaran kali ini lebih besar. Kena sediakan proposal untuk Action Research(AR). Kalau nak mula, memang kena cari masalah. Kalau tak, memang tak boleh nak mula AR  tu.

Harapnya boleh bina hubungan yang baik dengan semua warga sekolah. Doakan saya diberi kekuatan untuk menempuh tiga bulan ini ye. Doakan saya dapat menyelesaikan tugas semester ini sebaiknya. Kalau diizinkan Allah, nak dapat dekan la sem ni. Kena usaha la kan? huhu..

Oh ye, persiapan semua rasanya dalam 60% termasuklah mental dan fizikal. Dah mula rasa dup, dap,dup, dap dah ni... Ya Allah, permudahkanlah, jangan Kau susahkan. Ameen~



Asyik nak nyanyi lagu ni bila teringat AR.

Maksimumkan pengiklanan anda dengan Microsoft Word dan akaun Google

0 komen dari pembaca
Ada beberapa cara mudah untuk anda membuat e-book, sebarkan apa jua melalui blog.
Jika anda telah mereka dokumen tersebut menggunakan Microsoft Word, lebih baik anda tukarkannya ke format PDF.
Secara ringkas, saya akan cuba terangkan melalui langkah-langkah berikut.

1. Tukarkan dokumen word anda dari format .docx atau .doc ke .pdf.
Cara pertama ialah Save as > PDF or XPS. Kalau tak ada feature tu boleh  update Microsoft word anda dengan instal ini.

Saturday, January 19, 2013

GIVEAWAY FELINNA BEAUTY by CikMisi

0 komen dari pembaca



TARIKH TAMAT GIVEAWAY
31-1-13

CZ12

0 komen dari pembaca
Movie ini penuh dengan aksi,lucu,cemas dan ada nilai-nilai murni disebaliknya. Memang best.
This is JC last piece of work. Selamat bersara JC.

 

Friday, January 18, 2013

CARA MEMBACA BAR KOD PADA PRODUK MAKANAN!

0 komen dari pembaca
Saya percaya anda berhak tahu dari mana asalnya produk-produk di pasaran .
Lagi-lagi halal haramnya juga perlu diteliti.
Ada blogger yang sediakan panduan ini, jadi silalah layari link tersebut~
CARA MEMBACA BAR KOD PADA PRODUK MAKANAN!

Thursday, January 17, 2013

Sentiasa positif.

3 komen dari pembaca
Ahad ini dah nak praktikum. Kali ini tiga bulan pula.
Jadi, dah bersedia ke? Kalau ikutkan hati memang tak bersedia lagi, tapi... ini adalah realiti yang perlu dihadapi.

Ini adalah cabaran sebelum ke dunia kerjaya yang sebenarnya.
Apa yang kuharapkan, semua yang menghadapi tempoh ini kekal positif.
Jaga keselamatan diri, elak kontroversi dan tingkatkan prestasi.
Semoga berjaya semua.

"Kita kena jalankan tugas kita" (carian google)

Monday, January 14, 2013

Be more sensible.

6 komen dari pembaca
Assalamualaikum.
Forgive me readers for not updating this blog for so long. I know some of you might unfollow this blog. 
I write this piece because I'm having a bad mayday. Well, I know it's not appropriate for me to share with all of you my story. Just, let's it be my past. It will be forever in my past.

Guys, please. If you are having something that bring you down, just sit and relax. Think before you shift the blame to anybody else. It might be your own fault that you don't realize. Get help from your trusted friends. Be more sensible. Learn from mistakes. Ask Allah His Guidance. I believe He never fails listen to us. 

Beat me. I have ALLAH who always with me today. He lifted the pain and replace it with joy. Ya Allah, thanks for giving me this chance to repent. 

For those who cause me pain. I forgive them. Thank you for giving me this emotional adventures. It made my day. Wassalam.
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template