Wednesday, January 23, 2013

Cuci mata dengan detergen

Plup! Bunyi buih detergen terbang menuju ke mata. Secara automatik, mata dah terpejam, tapi bahan kimia tersebut merebak dan terus menyerang bebola mata. Secepat itu juga mira terus mencari air untuk dilalukan pada mata ini. Pedih, merah dan terasa membengkak. Memang sakit, tapi terpaksa la tahan, dah tak ada cara lain selain lalukan air pada mata.

Sabun yang mira gunakan tu sabun cecair. Alkisahnya, sewaktu meletakkan botolnya ke bawah sebab nak tuangkan sabun dalam cawan ke dalam mesin, buih tu terhasil dan terbang 'tup' terkena mata. Huhu, tak tahan pakai sabun serbuk sebab dok masuk hidung. Sabun cecair ini pula risikonya. Kawan-kawan semua, hati-hati ye. Sakit ooo cuci mata dengan detergen ni.

Takpelah, tak kisah dah. Esok nak balik rumah. Jumpa mak, ayah dan adik-adik. Seronoknya~.

2 komen dari pembaca :

mamma mia said...

hati-hati la cho oi..ish3..

mira_nas said...

huu.. tu la along.. sakit aaa

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template