Sunday, January 20, 2013

Maksimumkan pengiklanan anda dengan Microsoft Word dan akaun Google

Ada beberapa cara mudah untuk anda membuat e-book, sebarkan apa jua melalui blog.
Jika anda telah mereka dokumen tersebut menggunakan Microsoft Word, lebih baik anda tukarkannya ke format PDF.
Secara ringkas, saya akan cuba terangkan melalui langkah-langkah berikut.

1. Tukarkan dokumen word anda dari format .docx atau .doc ke .pdf.
Cara pertama ialah Save as > PDF or XPS. Kalau tak ada feature tu boleh  update Microsoft word anda dengan instal ini.

Atau, anda boleh cuba perisian atas talian ini.
Tujuan tukar kepada format pdf adalah untuk mengekalkan semua imej dan teks yang telah anda reka di dalam Microsoft Word.

2. Log masuk ke akaun google melalui gmail atau terus ke docs google.
Muat naik .pdf anda tadi. Dan pastikan anda tukar setting kepada Public. Jadi, sesiapa pun boleh capai dokumen anda. Untuk tukar setting ini boleh ke File > Share.

3. Buka link dokumen yang telah anda muat naik dan dapatkan code untuk tujuan embed. Copy dan paste kan dalam dalam post baru blog anda, tapi anda perlu switch pada HTML dahulu. Kemudian Switch semula pada compose setalah selesai. Ini antara feature terbaru dalam Google drive. Dokumen yang dulu-dulu yang telah anda muat naik mungkin tak ada feature ini. So, cara lain ialah muat naik semula dokumen tersebut.

Klik ini untuk dapatkan code.
Paste code tersebut dalam mode HTML.

4. Sesudah selesai, anda boleh terus publish atau anda boleh schedule kan post anda. Fungsi 'Schedule adalah untuk set masa dan tarikh anda post entry.

Ok. Selamat berjaya. Harapnya faham la tutorial ni, kalau ada apa-apa nak tanya, dipersilakan komen.

Ini adalah salah satu contohnya. Harapnya bermanfaat lah ye. 


0 komen dari pembaca :

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template