Thursday, January 24, 2013

Nasi Ayam Minyak Cina (Nasi Ayam Versi Thai)

Assalamualaikum. Semua sihat? Dah berselawat untuk Rasullullah hari ini? Nak teruskan berselawat ke tak?Kalau nak, bagus!

Dah lama minta pada mak resepi ni nak post di blog. Kami belajar resepi ni semasa pergi rumah tok saudara di Thailand. Setakat ini dah dua kali masak nasi ayam ni. Mudah je. Sedap pulak tu. Sejam dah boleh siap. Ok, untuk tempt air liur anda, saya letak gambarnya di bawah~







Bahan-bahannya:

Bahan A: Penyediaan ayam dan sup.
Seekor ayam
2 inci halia
selabu bawang putih
Garam
Bunjut sup

Bahan B: Penyediaan Nasi.
Beras
Minyak masak
Bawang putih
Garam

Bahan C: Sambal
Halia dan bawang putih
taucu
gula
limau kasturi atau limau nipis
gula
garam
kicap pekat -untuk warna hitam, tak bubuh pun takpe
cili burung
bawang putih
 tomato
akar ketumbar - ditumbuk terlebih dahulu

Bahan D: Bahan Sampingan
Daun ketumbar
Timun
Salad
Tomato

Cara-caranya:

A. Ayam, sup dan nasi.

1. Rebus ayam. Tak perlu potong, masuk je seekor tu dalam periuk. (Jangan lupa keluarkan isi perutnya, hehe). Rebus bersama bawang putih, halia dan garam.
2. Sementara itu, boleh basuh beras. Tumiskan bawang putih dan masukkan beras. Goreng dengan api sederhana selama 5-10 minit. Beras ini digoreng supaya tidak kembang.
3. Untuk masak nasi, masukkan air rebusan ayam tadi mengikut sukatan beras anda. Kemudian, letak je pada rice cooker dan tekan.
4. Tambah air pada periuk yang mengandungi ayam tadi untuk sup pula. Tambahkan bunjut sup dan garam.
5. Ayam tu kalau nak makan terus pun boleh atau nak keringkan dalam microwave pun boleh gak.


B. Sambal.
1. Kisar semua bahan C. Masak di atas api sederhana tanpa minyak dan kacau-kacau sambal tu. Kalau rasa  dah masak boleh tutup api.

Selamat mencuba~ Kalau dah cuba bagitahu ye.


8 komen dari pembaca :

combi said...

baru mkn sup ayam td..ahaksss

mira_nas said...

hee.. serius sedap.. sila try.

M a W a D D a H said...

sedap! buat org terliur jer malam2 nie...hehe

mira_nas said...

hee... cubalah~

Kuazue Mohd said...

as salam..
nie yg tak suker nie,.. ada entry makanan nie.. bikin lapau nie..
by the way.. datang bertandang menjemput join my GA.. jom lah.. mana tahu ada rezeki.. dan semoga ukhwah berpanjangan,...
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html

mira_nas said...

haha.. maaf la kalau tak suka.. cubalah.. sedap ooo..ok sy join GA awak

Nurul Farahizzati said...

L.A.P.A.R!

mamma mia said...

sedapnyer cho..bagila along sikit..hehehe

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template