Thursday, February 14, 2013

Foot Detox Patch VS Terapi Ion

      Bismillah. Sebelum nak meneruskan post ini, ingin saya buat beberapa penafian. Saya hanya menulis entry ini berdasarkan pengalaman saya. Ini bukanlah entry advertorial.

Detox Foot Patch
Terapi ion



           VS



     

       Sebelum saya mulakan banding beza kedua-dua produk ni, saya nak tekankan yang fungsi utama kedua-dua produk ini adalah sama sahaja iaitu, nyahtoksin.

       Pertama, kos. Kalau dibandingkan kos. Memang detox patch lagi murah untuk sekali pakai berbanding terapi ion. Kalau dah rasa macam 'bloated up' lepas makan malam-malam tu, yang lebih sesuai detox foot patch la. Waktu tidur boleh nyahtoksin.

      Kedua, keberkesanan. Detox Foot Patch ni saya selalau pakai bila rasa macam resdung makin teruk dan rasa lenguh-lenguh badan lepas seharian di luar. Saya kerap pakai di bahu dan tapak kaki. Sebenarnya, ada trick kalau nak pakai jenis patch ni. Pakai pada bahagian depan, dekat dengan jari, bukan di tengah-tengah tapak kaki. Sebabnya, kalau kaki melengkung, patch tu tak akan dapat tarik toksin dalam badan.

      Kalau terapi ion pula boleh rasa badan lebih ringan lepas terapi kedua. Rawatan ini disyorkan buat sebanyak 12 kali. Seminggu pertama tiga kali, yang seterusnya sebulan sekali dah la. Saya pernah cuba Terapi Ion Al-falah tapi terpaksa berhenti sebab jauh sangat dari rumah. Sekarang, saya sambung rawatan ini dengan Terapi Ion Detox Safena yang dekat je dengan rumah, siap boleh jalan kaki lagi. Huhu. Rawatan ini best sebab apa yang keluar dari kaki kita boleh tahu toksin dari mana yang keluar.

      Apa pasal saya asyik suka nyahtoksin? Err, senang cerita la, saya tengah usaha nak turunkan berat kepada yang lebih ideal. Hehe. Saya dah tak sembelit lagi.

1 komen dari pembaca :

Izzatnazmi said...

moga tercapai mendapatkan berat badan yang ideal.. yeahhhh

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template