Friday, November 29, 2013

Letaklah garisan wahai muslimah

Siapa tidak senang dengan persona yang 'mesra alam'?
Ceria sahaja sambil senyum dan tawa menghiasi bibir.
Hati yang gundah beransur tenang bila bertemu insan seperti ini.
TETAPI, coretan ini mahu kusampaikan buat teman terutamanya muslimah sepertiku.
Cukup muslimahkah aku?
Soal itu ketepikan dahulu. Lihat apa yang kubicarakan, jangan lihat diriku.
Aku hanya insan biasa yang serendah-rendah iman hanya mampu mencoret nukilan ini untuk tatapan kalian.

Wahai muslimah,
tahukah kau,
senyum dan tawamu
lenggok bahasamu
nada suaramu
gemalai tubuhmu
merupakan senjata...
senjata yang bisa menambat hati lelaki agar tertawan
membuat sang jejaka membina fantasi di fikirannya
seolah-olah sentiasa bahagia di sampingmu.
Sehingga kau juga mendapat dosa
akibat timbulnya zina mata
yang akhirnya menjadi zina hati.

Wahai muslimah,
letaklah garisan
dengan Imanmu
jika dia bukan mahrammu
tegaskan suaramu
atur tegak tubuhmu
biar si jejaka tahu
kau bukan muslimah 'murah'
yang mudah dirapati
mudah dicuri hati.

Wahai muslimah,
aku tahu kau tahu siapa dirimu,
kita cuma hamba Allah
yang selalu mendambakan cintaNya
dan segala kasih sayangnya

Oleh itu
wahai muslimah,
jika matlamat kita sama,
ke arah cinta sang Pencipta
ayuh berkayuh dan terus istiqamah
letak garisan Iman
dalam pergaulan.
Kerana...
sudahpun tinta cintaNya dititipkan pada kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.


1 komen dari pembaca :

LadyBird said...

smg sm2 mnjd muslimh sejati..

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template