Thursday, September 11, 2014

Dia tak nampak kau.

1 komen dari pembaca

Cukuplah.
Dia tak nampak kau.
Dalam masa depan dia.
Dalam angan-angannya.

Dia tak nampak kau.
Bukan kau yang mahu dia lindungi.
Bukan kau yang mahu dia sayangi.
Bukan kau yang mahu dia cukupi.

Dia tak nampak kau.
Tuhan kata dia bukan milik kau.
Walau di mata kau dia hampir sempurna.
Dia belum tepat untuk kau.

Dia tak nampak kau.
Tuhan juga tak izin.
Mungkin kau juga belum sedia.
Kerna bukan dengan dia
kau tempoh hari seterusnya.

Dia tak nampak kau.
Kau tutup mata sahaja.
Angkat kaki sekarang.
Tutup telinga.
Tutup hati.
Tak perlu buang masa.

Wednesday, July 23, 2014

Menabung online

0 komen dari pembaca

Untuk setakat ini, apa yang mampu dilakukan adalah buat pemindahan baki (transfer fund) dari akaun gaji ke akaun yang lain.

Trick yang paling penting nak menabung online ni adalah dengan hanya mempunyai akses online untuk satu akaun sahaja.

Jadi, akaun yang satu lagi 'tersorok' sedikit jumlahnya. Taklah asyik rasa nak belanja je bila tengok duit. Sekarang kan makin mudah nak beli online.

Buat permulaan tak perlu banyak. Cukuplah RM100 sebulan. Sikit-sikit kan lama-lama jadi bukit. Tak gitu?

Rasa macam nak buat pelaburan dengan duit simpanan tu. Kena baca lagi ni apa yang terbaik.

Sunday, July 13, 2014

My reasons of buying new smartphone.

0 komen dari pembaca
Buying new smartphone becomes a complicated issue for me.
Sometimes I feel that I can wait a little longer but almost the time I want to replace my current smartphone.
This really bothers me. The other fact is I don't have enough cash to buy one.

I have so many reasons to replace it:

1. Lag

So, I have to wait for it to load the apps or even making a call. This is really annoying when urgent things happen.

2. Hang

OK. I know all of smartphone users might face this. Yeah, just wanna include this one.

3. Apss shut down itself.

This happens a lot. For example, Waze. I don't even do anything then it shut down itself.

4. Pop-up keyboard

You don't have to play hide and seek with me okay! I don't need to be entertained like that.

5. GPS

Takes really a long time to locate and sometimes it fails to do so.

6. Signal

I can't be reached when I am in a camp, mall or recently in my high school. My mum almost made a report because I'm missing from her radar.

Ok. That's all.

Well, looks like I have to save bit by bit so I can by new one.

p/s: Just wanna babble something in this sleepy mode. Let's sleep early. Tomorrow is Monday~


Thursday, July 10, 2014

Sekejap yang gila.

0 komen dari pembaca
Sebagai seorang manusia normal. Tak mungkin aku tak pernah jatuh 'suka' tak bersebab pada seseorang.
Waktu yang rasanya entah kenapa dengan aku ni? Kau dah kenapa senyum sorang-sorang? Senyum pun lebar semacam. Ha... macam tu lah. Aku rasa korang pun macam tu lah kan bila 'love is in the air'.

Tapi serius, waktu ni aku boleh jadi gila entah yang macam mana. Mungkin sebab umur aku ke yang aku jadi gila tak bersebab ni. 

Gilalah aku yang perempuan ni boleh bertanya, "Kau dah berpunya ke belum?". Rasa macam nak delete semua memori tu selepas aku bangun dari kegilaan itu. Nampak sangat aku masih remaja lagi. 

Lagi lawak bila aku boleh 'down' lepas kena 'reject'. Bertambah rasa bodoh bila dia boleh lagi buat lawak bab jodoh dan meminang bila bersembang. Yang paling bangang bila dia melawak kononnya aku dah kahwin dan mengandung.

Ada hikmah juga sebenarnya. Lepas kena hempuk ke lantai  baru nampak belang sebenar. Ohhhhhh, kenapa la takde 'sense' langsung lelaki ni. Memang dari planet Mars la diorang ni. Takde perasaan langsung!

Nampaknya... macam lambat je nak menamatkan zaman bujang. Hahah..
perlu ke aku daftar kat agensi cari jodoh? kang dapat lagi yang takde 'sense' macam mana? haha... tapi tiap kali teringat rasa asyik nak tepuk dahi saja.
Malu hoiiiii!

Wednesday, March 12, 2014

Tutorial Lock GPS

0 komen dari pembaca
Assalamualaikum semua~~

Baru kini tangan ringan nak menulis semula. Kali ni, saya nak kongsikan ilmu yang telah saya pelajari daripada kumpulan di Facebook iaitu kumpulan Ninetology User [ MALAYSIA ]. Saya buat tutorial video sebagai dokumentasi tentang apa yang saya pelajari sambil belajar cara buat video.
Saya harap anda juga dapat manfaatnya. Maaf ye kalau kualiti audio kurang memuaskan sebab guna smartphone je untuk rakam.

Paparan pada smartphone anda mungkin berbeza bergantung pada versi android masing-masing.
Saya menggunakan android versi 4.2.1 dan ROM Suvi V16 Aura.

Tutorial ini boleh digunakan bagi mereka  yang pertama kali mahu lock GPS. Saya memang bergantung pada GPS dan aplikasi navigasi kalau saya ke tempat yang tak pernah saya pergi kalau pergi dengan pengangkutan sendiri.

Kalau audio kurang kuat sila pakai headphone ye~ Kalau gambar kurang jelas, boleh tukar kualiti paparan sehingga ke 720pHD sebab saya dah render sehingga kualiti tersebut.



Sebarang persoalan saya akan cuba jawab. Tapi saya cuma novis je dalam bab ni. =)
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template