Thursday, July 10, 2014

Sekejap yang gila.

Sebagai seorang manusia normal. Tak mungkin aku tak pernah jatuh 'suka' tak bersebab pada seseorang.
Waktu yang rasanya entah kenapa dengan aku ni? Kau dah kenapa senyum sorang-sorang? Senyum pun lebar semacam. Ha... macam tu lah. Aku rasa korang pun macam tu lah kan bila 'love is in the air'.

Tapi serius, waktu ni aku boleh jadi gila entah yang macam mana. Mungkin sebab umur aku ke yang aku jadi gila tak bersebab ni. 

Gilalah aku yang perempuan ni boleh bertanya, "Kau dah berpunya ke belum?". Rasa macam nak delete semua memori tu selepas aku bangun dari kegilaan itu. Nampak sangat aku masih remaja lagi. 

Lagi lawak bila aku boleh 'down' lepas kena 'reject'. Bertambah rasa bodoh bila dia boleh lagi buat lawak bab jodoh dan meminang bila bersembang. Yang paling bangang bila dia melawak kononnya aku dah kahwin dan mengandung.

Ada hikmah juga sebenarnya. Lepas kena hempuk ke lantai  baru nampak belang sebenar. Ohhhhhh, kenapa la takde 'sense' langsung lelaki ni. Memang dari planet Mars la diorang ni. Takde perasaan langsung!

Nampaknya... macam lambat je nak menamatkan zaman bujang. Hahah..
perlu ke aku daftar kat agensi cari jodoh? kang dapat lagi yang takde 'sense' macam mana? haha... tapi tiap kali teringat rasa asyik nak tepuk dahi saja.
Malu hoiiiii!

0 komen dari pembaca :

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template