Wednesday, February 18, 2015

Asrama

Sepanjang 26 tahun aku hidup, 10 tahun 6 bulan aku duduk asrama.
Merasa belajar hidup berdikari.
Basuh baju sendiri.
Serika baju sendiri.
Bangun tidur bangkit sendiri.
Makan sendiri.

Banyak kenangan sebenarnya yang aku ingat-ingat tapi lagi banyak yang lupa.
Mungkin aku ni jenis memilih dalam menyimpan memori dan kenangan silam.
Aku rindu zaman belajar tapi aku tak tipu kalau waktu aku belajar aku dok tunggu bila nak habis.

Yang paling aku ingat adalah hari pertama aku masuk asrama. Mak dan ayah aku tolong angkat barang masuk bilik letak kat katil. Lepas tu tinggal ja. Pandai-pandai la aku kemas sendiri. Waktu tu tak pandai nak cemburu tengok orang lain mak ayah depa tolong pasang cadar dan kemas loker.

Paling seronok adalah kawan-kawan walaupun aku tak pandai sangat berkawan.
Banyak yang lari dari aku sebab mungkin tak tahan perangai aku. Hipster konon la.
Sebab tu aku nak mintak maaf. Maaf ye kawan-kawan. Aku memang langsung tak matang pada zaman tu walaupun sekarang aku matang sikit je la.


Zaman tinggal di asrama adalah zaman paling gemilang aku dalam penternakan lemak. Aku ni langsung tak aktif. Sekilo sebulan boleh naik gara-gara nasi kawah walaupun kadang-kadang ular datang singgah dalam kawah tu. Makan dalam tray. Dah siap makan, ketuk tray dalam besen.
Gula-gula toksah cakap. Aku boleh beli seringgit dan mengadap tu dulu baru aku menghadap kerja sekolah masa waktu 'prep'. Sebab tu aku tak payah cari mana-mana tauke restoran untuk dipinang sebab aku dah pandai ternak lemak sendiri.

Sekarang dah kerja pun aku duduk 'asrama' juga. Apartment tu aku duduk dengan sembilan orang lain. Ramai kan? tapi aku sanggupkan juga sebab aku rasa ok je. Walaupun macam-macam kerenah tapi aku suka sebab teman serumah yang mengamalkan konsep gemuk bersama-sama. Lagipun aku balik kerja awal dari orang lain. Jadi masa petang aku ada privacy kat rumah tu. Selagi tak berkahwin duduk la asrama tu. Balik kampung pun rasa macam budak asrama, rasa nak tidoq ja lagi-lagi cuaca sejuk macam ni.

Aku memamg takde point tulis post ni. Cuma aku baru terasa tua bila tulis benda-benda gini. Cheese!

0 komen dari pembaca :

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template